Teks Nor Affizar Ibrahim
Hendak kirim doa apa?
BAB 9
Sedar tak sedar, cuti penggal kedua sudah hampir
bermula . Ini adalah minggu terakhir persekolahan sebelum cuti penggal kedua.
“Maknanya
lepas ini kami tidak dapat jumpa cikgu selama dua minggulah.” Seorang pelajar
dalam kelas 4 Biru bertanya kepada cikgu Norazah.
“Kira-kira
begitulah. Tapi tak apa kita boleh jumpa apabila sekolah buka semula nanti.
Cikgu harap dalam dua minggu cuti ni, murid-murid semua bijak bahagikan masa.
“Main boleh tapi jangan pula terus lupakan
buku sekolah. Boleh tak semua janji dengan cikgu,?” tanya cikgu Norazah dengan
lembut.
“Boleh
Cikgu!” jawab semua murid di dalam kelas itu hampir serentak.
“Cikgu…cikgu
pergi mana ya cuti ini. Kalau tak ke mana-mana boleh tak kami datang rumah?”
Ikhwan tiba-tiba bertanya.
Cikgu
Norazah memandang wajah Ikhwan. Kemudian dia tersenyum pada Ikhwan yang
seolah-olah tidak sabar menantikan jawapan daripadanya.
“Cikgu
minta maaf Ikhwan. Sebab Ikhwan dan kawan-kawan tidak boleh datang rumah cikgu
cuti ini
nanti. Insyallah cikgu akan berangkat ke Makkah untuk buat umrah. Jadi,
maknanya cikgu tidak aka ada di rumah sepanjang dua minggu nanti. Insyallah,
Jumaat ini rombongan cikgu akan berlepas.” Jawab Cikgu Norasah sambil lirik
matanya meneliti satu persatu reaksi wajah anak muridnya.
“Oh ya ke?
Cikgu nak buat umrah? Tentu seronok,” Shafiqa yang duduk baris ketiga dan di hadapan
Ikhwan pula menyampuk.
“Mestilah.
Dapat tengok negara orang kat Arab pula tu,” giliran Khairy pula bersuara.
“Dulu
nenek saya ada cerita, di Makkah boleh buat kita rasa tenang. Di sana boleh
buat ibadat banyak-banyak. Nenek kata lagi, kalau berdoa di depan kaabah, doa
akan dimakbulkan Allah,” Ikhwan kembali mencelah perbualan itu
.
Bagi
Ikhwan walaupun gembira mendengar cikgu Norazah akan membuat umrah, terselit
juga perasaan sedih kerana akan berpisah
sementara dengan guru kesayangannya itu.
“Insyallah
Ikhwan. Betullah kata nenek kamu tu. Cikgu bersyukur sangat dapat peluang pergi
ke Makkah. Ini pengalaman pertama cikgu.
Nanti kat sana cikgu akan doa banya-banyak. Ikhwan ada apa-apa nak cikgu tolong
sampaikan doa ke? “ tanya Norazah dalam nada mengusik.
Ikhwan
tersipu-sipu dengan soalan itu. Tetapi akhirnya bersuara. “Tak apalah cikgu,
nanti sebelum berangkat saya jumpa cikgu beritahu,” katanya sambil menyeringai.
Cikgu
Norazah hanya melirikkan senyuman kepada Ikhwan.
“Hah! Aku
tahu, apa kau nak minta tolong cikgu Norazah doakan. Kau nak minta doakan dapat
ibu tiri yang baik kan?”
Tiba-tiba lancar
sahaja Khairy menyampuk menjawab soalan cikgu Norazah kepada Ikhwan.
Murid-murid
lain ketawa mendengar kata-kata Khairy itu.
“Isyyy! Apalah kau ni Khairy cakap macam itu. Tak
baiklah. Tidak kisahlah apa Ikhwan nak
minta cikgu Norazah tolong doakan.
Biarlah cikgu dan Ikhwan sahaja yang tahu. Kau memandai pulak kenapa?”
Shafiqa menempelak Khairy.
Ketika itu
Ikhwan tidak bercakap apa-apa pun. Tetapi air mukanya tampak berubah, merah
padam.
Namun,
hati Ikhwan berkata, “Melampau betullah Khairy ni!”
Mujur,
cikgu Norazah cepat-cepat mencelah.
“Jangan
risau, Insya–Allah cikgu akan mendoakan yang baik-baik untuk kamu semua. Di
Makkah kan setiap amalan dilakukan mendapat pahala yang berlipat ganda.
Mendoakan untuk kamu pun satu amalan
baik. Jadi, tentulah cikgu pun nak tolong mendoakan untuk kamu.”
Ikhwan
yang tadinya, marahkan Khairy kembali reda amarahnya. Ketika cikgu Norazah bercakap
tadi, Ikhwan merenung dalam-dalam wajah cikgu kesayangannya.
Apabila
cikgu Norazah perasankan hal itu, cepat-cepat dia mengalihkan pandangan dan
terus menundukkan muka memandang lantai.
Memang
berat rasa hati Ikhwan untuk tidak bertemu dengan cikgu Norazah beberapa hari
lamanya.
Loceng
menandakan tamat waktu kelas Norazah tiba-tiba berbunyi.
Ikhwan
yang bagaikan berada di dunia lain, tersentak mendengar deringan loceng itu.
No comments:
Post a Comment