Showing posts with label SERVIS PENULISAN. Show all posts
Showing posts with label SERVIS PENULISAN. Show all posts

Thursday, December 20, 2018

Khidmat terjemahan

Teks Nor Affizar Ibrahim

Khidmat terjemahan


Keperluan menterjemah daripada satu bahasa ke bahasa yang lain memberikan beberapa kelebihan dan sebab itulah khidmat kerja penterjemahan semakin diperlukan.

Apatah lagi, setiap bangsa memiliki kepakaran masing-masing sama ada dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran atau hal lain.

Dengan adanya perbezaan ini, masyarakat di Malaysia  dapat berkongsi apa yang mereka miliki antara satu sama lain.

Justeru, amalan penterjemahan menjadi alat untuk masyarakat bertukar-tukar pendapat dan idea dalam meneroka ilmu pengetahuan yang luas.

Kerja penterjemahan juga satu aktiviti yang menghubungkan dua bangsa atau lebih dalam memahami antara satu sama lain.

Aktiviti ini tersebar hampir di setiap pelusuk dunia. Tambahan  zaman sekarang adalah dunia  tanpa sempadan yang menggunakan internet sebagai medium komunikasi. satu sama lain.

Definisi penterjemahan


Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain.

Proses terjemahan membabitkan dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa sasaran dan mempunyai hubungan rapat dengan  pentafsiran dan penghuraian.

i. Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) terjemahan bermaksud;
proses penterjemahan adalah perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa sesuatu teks itu

ii. Menurut New Mark (1981);
penterjemahan ialah satu kesenian yang mengandungi usaha untuk menggantikan
mesej atau pertanyaan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej atau pertanyaan yang sama dalam bahasa lain

Yang pasti, tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber).

     Untuk penterjemahan yang harmoni, penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan. 
     
    Kaedah itu akan merosakkan makna asal teks sasaran dan menyebabkan terjemahan itu tidak indah dibaca, sedangkan teks asalnya mungkin sangat sedap dan mudah dibaca.
·      
   Oleh, itu penterjemah hendaklah menggunakan bentuk bahasa yang biasa digunakan di dalam bahasa penerima untuk menggantikan bentuk bahasa asalnya.
·     
     Penterjemah mestilah mencipta semula kesan dan semangat keseluruhan teks asal.

Penting untuk seorang penterjemah mengetahui semangat dan tujuan pengarang asal. Kaedah yang terbaik adalah dengan menterjemah menggunakan gaya bahasa harian.
Kaedah ini amat sesuai terjemahan untuk pembacaan orang awam.

Prinsip penterjemahan
Penterjemahan adalah satu pekerjaan yang memerlukan kesungguhan.  Sikap sambil lewa dan  penterjemahan yang tidak bersungguh-sungguh akan menimbulkan kekeliruan pembaca.
Malah ia juga mungkin menimbulkan salah faham pembaca terhadap maksud pengarang teks sumber.
Oleh itu, penerjemahan seharusnya dilakukan dengan berpandu kepada prinsip yang tertentu.
·         

    1. Tidak mengubah maksud pengarang teks asal.
     Prinsip ini adalah jelas untuk penterjamah. Tetapi pada praktikalnya, penterjemah sebenarnya sukar untuk mengelakkan diri untuk mengubah maksud pengarang secara 100% kerana faktor perbezaan budaya dan bahasa.

  Bagaimanapun, ini tidak bermaksud penterjemah diizinkan mengubah maksud pengarang teks asal dengan segaja.
·      
      2. Menghasilkan terjemahan yang mudah difahami pembaca.
Penterjemahan adalah sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca dengan pengarang asal dapat dicapai.
·        
      3. Menghormati tatabahasa penerima.
Dalam proses menterjemahkan, tatabahasa bahasa penerima harus dihormati. Ini bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksakan ke dalam teks terjemahan.
·     
      4. Menterjemah makna Bahasa bukan menterjemah bentuk bahasa.
Dalam proses penterjemahan, makna harus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yang berbelit-belit dan sukar difahami.


Matlamat penterjemahan

Tujuan utama penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya  terjemahan yang harmoni (teks sasaran) dan membawa makna yang sama dengan sesuatu karya asing (teks sumber).

Penterjemah lazimnya, akan berusaha untuk menghasilkan pemahaman yang sempurna berpandukan prinsip penterjemahan dan beretika dalam melakukan terjemahan.

Dalam keadaan tertentu, penterjemah akan melakukan penyesuaian semula dengan terperinci supaya pembaca faham akan idea yang terkandung di dalamnya.

Penterjemahan membabitkan tiga proses asas iaitu penafsiran, analisis teks bahasa sumber yang diikuti oleh prosedur  terjemahan dan juga penulisan semula teks dalam hubungannya dengan tujuan penulis,

Antara syarat utama untuk menjadi penterjemah yang baik ialah mengetahui bahasa sumber.

Bahasa sumber ialah bahasa asal yang akan diterjemah ke dalam bahasa kedua. Pengetahuan dalam bahasa sumber mestilah mendalam.

Seseorang itu harus mengetahui selok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa itu supaya dia memahami makna terkandung dalam teks asal. Dengan itu, terjemahan dapat dibuat dengan tepat.

Kedua, mengetahui bahasa penerima.Bahasa penerima ialah bahasa yang akan
diterjemahkan daripada teks asal. Dengan kata lain, bahasa penerima ialah bahasa
kedua.

Ketiga, pengetahuan dalam bidang atau topik yang diterjemah. Untuk memastikan agar makna  atau maklumat dalam teks asal dapat diterjemahkan dengan tepat ke dalam bahasa  penerima, penterjemah wajar mengetahui bidang yang hendak diterjemah itu dengan mendalam.

Penguasaan bahasa yang baik tidak mencukupi untuk menjadi  penterjemah yang baik, terutama dalam bidang profesional atau teknikal seperti undang-undang, sains, teknologi, falsafah dan karya kesusasteraan.

Keempat, mengetahui teori dan amalan terjemahan. Bidang penterjemahan telah
melahirkan teori dan kaedah ilmiahnya sendiri.

Oleh itu, penterjemah perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam teori dan amalan sebelum memulakan kerja penterjemahan.

Dengan pengalaman dimiliki dan pernah mengikuti kursus dan mempunyai sijll penterjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka, saya menawarkan khidmat terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Khidmat terjemahan ditawarkan antaranya:
·      terjemahan artikel
·      terjemahan skrip
·      terjemahan iklan
·      terjemahan ucapan
·      terjemahan kertas kerja


Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat penterjemahan saya bolehlah hubungi affizar@gmail.com

Friday, December 14, 2018

Khidmat penyuntingan & penyelarasan

Teks Nor Affizar Ibrahim

Khidmat penyuntinagan & penyelarasan


Selain memberikan khidmat sebagai penulis upahan, saya juga membantu anda untuk;

         1. Kerja penyuntingan (editing) 
         2. Kerja penyelarasan (proofreading) 
       
Khidmat ini ditawarkan untuk apa saja artikel sama ada periklanan, kenyataan akhbar, risalah, buletin dan sebagainya.

Penyuntingan dan pelarasan bertujuan untuk memastikan hasrat atau idea penulis  dapat disampaikan setepat, sepadat dan sejelas yang mungkin.

Dalam erti kata lain, kerja penyuntingan dan pelarasan artikel adalah kegiatan menyemak semula sesuatu hasil tulisan atau naskah sebelum ia diterbitkan.

Ingatlah, apa saja bentuk penulisan yang dihasilkan dan ingin disebarkan serta dijadikan tatapan khalayak, sewajarnya tiada kesalahan.

Ini termasuklah dari segi;
-       ejaan
-       tatabahasa
-       pemilihan perkataan atau ayat
-       susunan perenggan
-       tanda Bahasa
-       kesalahan diksi atau pilihan kata
-       kesalahan struktur Bahasa
-       kesalahan konjungsi atau kata penghubung

Bagi usahawan misalnya, kesilapan boleh mencerminkan diri dan perniagaan anda.

Jika ada banyak kesilapan, mana mungkin anda akan mendapat kepercayaan pelanggan! Pastinya, anda tidak mahukan ini terjadi.
 
Jalan terbaik, anda perlu mendapatkan khidmat penulis upahan untuk kerja penyuntingan dan penyelarasan bagi tugasan terakhir itu.

Kedua-dua tugasan ini memerlukan tumpuan, komitmen dan keterperincian
Justeru, untuk hasil yang terbaik, saya sarankan dapatkan sahaja khidmat mereka yang berpengalaman dalam kerja penyuntingan dan pelarasan.

Suntingan artikel atau hasil penulisan lazimnya  perlu mempertimbangkan aspek pembaca.
Ini kerana penulisan itu akan dibaca oleh pelbagai kalangan  dengan umur, taraf hidup, dan pendidikan yang  berbeza-beza sehinggakan  ketika kerja penyuntingan dilakukan, penyunting perlu bijak menyesuaikan gaya tulisan berkenaan dengan latar belakang pembaca.
Oleh sebab itulah umumnya,  kerja penyuntingan merangkumi;

* Memperbaiki kesalahan pada pandangan mata kasar.
* Memperbaiki tulisan sebelumnya.
* Memperbetul dan menyesuaikan gaya bahasa lebih sesuai
* Meringkaskan beberapa perkataan menjadi satu atau dua  ayat yang punyai kejelasan     makna serupa
* Mengelakkan gaya bahasa atau tulisan yang membosankan.
* Memastikan penulisan lancar apabila dibaca.
* Memperbaiki hasil penulisan supaya menarik.
* Menelaah kembali hasil tulisan yang sudah siap dihasilkan tetapi mungkin masih terdapat kesalahan yang terlepas pandang
Anda sudah semestinya mahukan hasil yang terbaik. Oleh itu buatlah keputusan yang tepat dan bijak!
Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat kerja penyuntingan dan pelarasan, boleh hubungi saya affizar@gmail.com
  



Thursday, December 13, 2018

Tulis artikel periklanan

Teks Nor Affizar Ibrahim

Tulis artikel periklanan

Saya percaya, sebagai usahawan anda pastinya sering memikirkan bagaimana cara terbaik dan berkesan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan.

Tentunya anda tidak boleh duduk diam dan berpeluk tubuh saja menunggu pelanggan. Sesuatu harus dilakukan untuk memasarkan apa yang anda jual dan tawarkan kepada orang ramai.

Hari ini, kaedah promosi jualan semata-mata tidak lagi menjadi kaedah paling berkesan, khususnya untuk platform dalam talian. Pelanggan hari ini juga semakin bijak dan tidak suka dipaksa untuk membeli sesuatu barangan.

Justeru, anda boleh fikirkan kaedah lain agar pelanggan tertarik untuk membeli barangan atau perkhidamatan ditawarkan.

Lazimnya, sebelum membeli sesuatu barangan diinginkan, ada pelanggan akan memikirkan apakah faedah atau keuntungan yang bakal mereka perolehi dari produk ditawarkan.

Antara pertimbangan yang dibuat, adakah dia membeli produk atau perkhidmatan berkualiti dan memberikan kerugian kepada mereka? Adakah peniaga atau orang yang menjual itu boleh dipercayai?

Oleh itu sebagai usahawan atau peniaga anda perlu memberikan informasi tepat, keyakinan, menunjukkan kredibiliti dan menjawab persoalan yang berlegar dalam fikiran pelanggan.

Jika anda mampu merungkaikan semua persoalan itu, ia bermakna anda sudah boleh bina persepsi pasaran. Tetapi bagaimanakah caranya anda dapat lakukan?

Sebenarnya, mudah sahaja caranya iaitu menghasilkan dan menyebar artikel yang berkaitan dengan produk atau perniagaan anda.

Khidmat penulisan ulasan produk atau servis periklanan (advertorial) mampu memberikan impak tinggi kepada pelanggan yang dahagakan informasi.  


Bantu perkenalkan produk

Gunakanlah khidmat penulis upahan bagi membantu anda menghasilkan artikel yang boleh memperkenalkan, sekali gus mempromosikan produk ditawarkan kepada pelanggan.

Dengan mengupah penulis upahan, kerja anda menjadi mudah, tidak perlu bersusah payah dan membuang masa merangka serta memikirkan bagaimana untuk menghasilkan artikel yang mampu menarik perhatian.  

Anda juga bolehlah menumpukan sepenuh masa untuk memajukan perniagaan ataupun merangka strategi lain yang dapat membantu meningkatkan pasaran.

Bagaimanapun, tidak dinafikan anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk membayar tugasan penulis upahan berkenaan.

Tetapi fikirkanlah, dengan mengupah penulis upahan banyak manfaat anda perolehi, termasuk tidak perlu serabutkan lagi fikiran, dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga. 

Ini kerana penulis upahan sudah mengambil alih tugasan anda dan membantu menjadikan kerja lebih mudah. Ternayata, mendapatkan khidmat penulis upahan adalah pilihan alternatif terbaik!  

Apatah lagi, rutin usahawan ini memang sentiasa sibuk.


Kongsi rezeki

Dengan berkongsikan maklumat yang menarik, berguna dan padat menerusi artikel dihasilkan penulis upahan, anda akan membina kepercayaan dalam diri pelanggan.

Ingatlah, anda bukan membina bisnes dan jenama untuk hari ini sahaja. 

Anda pastinya ada perancangan untuk menambahkan produk dan memperluaskan rangkaian.

Jika semua perkara anda hendak lakukan sendiri, tentu sahaja tidak cukup tangan.

Jadi, apalah salahnya berkongsi rezeki dengan penulis upahan yang boleh membantu mengurangkan bebanan kerja anda.

Bukankah perkongsian rezeki itu lebih indah dan mendatangkan keberkatan!


Upah penulis ideal

Tidak boleh disangkalkan, tanpa pengalaman menulis mungkin sukar untuk menulis dan saya percaya,  ada yang mengalami masalah untuk mula menulis.

Ini disebabkan kurang keyakinan diri dengan penulisan yang ditulis sendiri. Kesannya, ada usahawan gagal mempromosikan produk ditawarkan, sekali gus  tidak sampai pada kumpulan sasaran.

Oleh itu idea untuk mengupah penulis bukan sahaja bertepatan tetapi amat diperlukan.

Tanyalah pada diri anda, adakah anda terdaya menghasilkan penulisan copywriting  sendiri sedangkan setiap hari ada banyak perkara perlu difikirkan.

Justeru, untuk mengelakkan kepala anda serabut memikirkan dan menyusun perkataan atau ayat yang sesuai, punch dan WOW!, upahlah penulis upahan.

Hakikatnya, bagi menghasilkan copywriting, lebih baik serahkan tugasan itu kepada penulis upahan.

Pada dasarnya, ada beberapa sebab anda memerlukan khidmat penulis upahan. Antaranya;
         
          1. Tidak ada ilmu penulisan atau tidak tahu hendak tulis.
          2. Tiada masa hendak tulis.
          3. Perlukan hasil penulisan berkualiti daripada pakar.
          4. Memudahkan urusan anda.

Berdasarkan sebab yang dinyatakan itu dan bersandarkan kemahiran saya lebih 20 tahun dalam bidang penulisan, saya bersedia dan ingin membantu usahawan.
 
Saya boleh membantu menyediakan artikel terbaik bagi produk ataupun servis ditawarkan kepada prospeknya.

Saya boleh membantu menulis berkenaan produk dan perkhidmatan ditawarkan menerusi seperti; 
        
       1.     Penulisan artikel FB Ads
             2.     Penulisan artikel blog
             3.     Penulisan artikel Advertorial
             4.     Penulisan artikel kenyataan akhbar

Servis penulisan artikel saya merangkumi untuk;
         
       1. pengeluar produk
       2. pengasas produk 
       3. stokis 
       4. agen
       5. sesiapa sahaja yang berminat

Sebenarnya, menggunakan khidmat penulis upahan memang sudah lama diperkenalkan dalam kalangan usahawan online  dan offline untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

Ia bukan saja mengurangkan bebanan dan melancarkan urusan usahawan tetapi juga sudah pun terbukti mampu membuat keuntungan perniagaan. 

Tambahan, ia tidaklah memerlukan kos yang tinggi kerana caj dikenakan berpatutan dan tidaklah begitu mahal.

Jadi jika anda berminat, janganlah segan silu untuk menghubungi saya affizar@gmail.com 


Tuesday, August 7, 2018

Tulis kisah hidup @ biografi

Teks Nor Affizar Ibrahim


Tulis kisah hidup @ biografi





Hari ini, terdapat ramai ahli perniagaan atau usahawan yang berjaya. Mendekati golongan ini, adakala memang saya berasa kagum dengan kegigihan mereka mencari rezeki.

Bermula daripada individu yang tidak punya apa-apa, akhirnya mereka berjaya meniti kejayaan demi kejayaan.

Malah, ada di antaranya bukan sedikit onak dan ranjau yang ditempuh tetapi disebabkan tidak pernah kenal putus asa, mereka ini  terus bangkit serta berjaya membina perniagaan.

Bukan itu saja, ada yang bermula dengan zero tetapi akhirnya mampu mengeluar dan membangunkan jenama sendiri, meraih keuntungan tinggi dan menjadi insan dikagumi ramai. 

Kisah sebegini, memang biasa kita dengar. Bagaimanapun,  kebanyakan usahawan atau insan yang berjaya ini enggan, berasa malu atau mungkin tidak tahu bagaimana untuk berkongsi kisah suka duka mereka.

Kongsi rahsia kejayaan

Padahal, ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar dan rahsia kejayaan mereka. Hinggakan,  ada yang ingin menjadikan golongan berjaya ini sebagai role mode dan mencontohi jerih perih serta segala usaha pernah dilakukannya.

Oleh itu adalah wajar  golongan berjaya ini membukukan kisah hidup  atau menulis buku mengenai kisah dan jejak perjalanan hidup mereka.

Bukan bertujuan untuk riak atau membanggakan diri tetapi ia boleh dijadikan matlamat memberikan pedoman dan teladan kepada mereka yang ingin turut sama memburu kejayaan.

Bagi usahawan atau individu sudah berjaya, kesudian mereka berkongsi pengalaman dan cerita menerusi penulisan buku sememangnya dialu-alukan. 

Ini kerana ia sekurang-kurangnya mereka dapat memberikan sumbangan untuk membantu dan menambahkan ilmu kepada individu yang ingin mengikut jejak jayanya.   

Anggaplah perkongsian cara itu sebagai amal kebajikan atau sedekah kepada mereka yang mengagumi dan memerlukan panduan serta bimbingan anda.

Inilah juga kesempatan baik untuk memberika suntikan semangat dan dorongan kepada mereka mahu bertatih serta mempunyai dan menyimpan impian untuk berjaya seperti yang anda kongsi melalui buku berkisar pengkisahan diri anda.

Percayalah, perkongsian itu sesen pun tidak akan merugikan anda. Malah, mana tahu anda akan terus dilimpahi doa untuk terus berjaya, sekali gus mendapat rezeki berlipat ganda.

Jika tidak tahu cara hendak menulis pengkisahan diri anda, usah risau dan pening kepala memikirkannya. Sebaliknya, dapatkan sahaja khidmat penulis upahan. 

Sebagai penulis upahan saya sedia membantu sesiapa saja yang ingin menulis buku biografi pengkisahan perjalanan hidupnya. Insya-Allah dengan pengalaman bertahun-tahun sebagai penulis saya akan membantu merealisasikan cita-cita anda.

Saya pasti, sebagai individu sudah berjaya, sudah semestinya banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan orang ramai, terutama mereka mengagumi kejayaan anda.

Penulisan buku biografi sesuai sekali diterbit dan dikongsikan supaya ia boleh dijadikan contoh serta inspirasi kepada mereka yang ingin mengikut jejak langkah individu berjaya itu.

Tidak kiralah siapa anda – sama ada anda;

·       * usahawan yang menceburi apa jua cabang perniagaan atau menawarkan perkhidmatan

·      *  pengasas produk kecantikan atau produk lain pengeluar produk atau barangan seperti   pakaian dan permainan bayi, biskut atau makanan dan sebagainya

·      *  pengusaha fesyen pakaian, restoran, spa atau butik kecantikan, taska, pusat tuisyen dan   lain-lain lagi

·      *  pemilik agensi pelancongan, agensi pembantu rumah, agensi model dan sebagainya

·      *  perunding kecantikan, arkitek, hartanah, perakaunan dan lain-lain lagi perunding dan pakar motivasi, kaunselor, pendidikan, kewangan dan sebagainya. 
    
    * agen hartanah, agen insurans, agen produk kecantikan, agen hartanah, agen acara dan lain-lain

·      * stokis barangan kesihatan, stokis produk kecantikan, stokis pakaian dan sebagainya

                       Anda seharusnya berbangga memiliki biografi                                                 sendiri!


Apa itu biografi?


Umumnya, biografi adalah tulisan mengenai perjalanan hidup atau riwayat hidup seseorang. 

Isi kandungannya menceritakan kehidupan seseorang, mulai dari kelahiran sampai keadaannya sekarang ini. Ia berdasarkan fakta dan bukan fiksyen.

Dalam erta kata lain, biografi haruslah bersifat apa yang ada padanya dan jujur. Maknanya, cerita haruslah sebagaimana yang terjadi tanpa dikurangi, ditambah atau direka cipta.

Menerusi buku biografi itu, anda juga boleh memberikan informasi kepada orang lain kisah hidup anda,  cita-cita, perjuangan atau kejadian dan peristiwa penting yang terjadi dalam kehidupan!

Tidak ada apa yang rugi pun, anda sebagai seorang sudah berjaya, dikagumi dan dikenali ramai mengeluarkan sedikit kos dan mengupah penulis untuk menulis buku biografi anda.

Bagi memastikan buku biografi itu menepati fakta sebenar cerita anda, dapat memberikan impak dan kepuasan kepada anda, antara anda dan penulis upahan boleh bekerjasama menerusi perbincangan, persetujuan dan kata sepakat.


Apabila siap buku biografi berkenaan, jadikanlah ia antara buku koleksi peribadi paling mahal anda miliki kerana di dalamnya ‘tersimpan’ segala kisah pahit manis anda dalam membina jenama dan mencari rezeki.

Mana tahu, kelak buku biografi itu yang terus menjadi simpanan anda selama-lamanya, boleh diperturunkan dan akan menjadi khazanah untuk anak cucu pula!


Realisasikan Impian

Pun begitu, saya tahu ada juga beranggapan menulis biografi  ini mudah dan tidak memerlukan khidmat penulis upahan.

Ini kerana adanya tanggapan, menulis adalah sesuatu yang senang. Sesiapa saja pun boleh menulis! 

Lebih-lebih lagi ia adalah mengenai anda. Memang benar.  Kerja menulis mudah. 
Tambahan jika anda ada idea dan bakat serta  diasah setiap hari, tentu sahaja tiada masalah hendak menulis.

Walau bagaimanapun, jika ada bakat hebat menulis sekali manapun,  hasrat  untuk menulis boleh jadi juga tidak akan menjadi kenyataan. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil.  Kenapa?

Selain bakat dan ada idea, antara perkara lain perlu dipertimbangkan apabila hendak menulis adalah masa. Jika anda sering diburu masa saban hari, sudah pasti tumpuan atau fokus untuk menulis akan
hilang.

Realitinya, anda mungkin memang boleh menulis tetapi kesuntukan masa boleh menjadi penghalang besar untuk meneruskan hasrat itu, sekali gus membantutkan niat anda.

Walaupun tiada masa, anda mungkin masih berniat ingin meneruskan hasrat itu dengan jawapan; “Tak apalah sikit-sikit buat dulu, asalkan siap suatu hari nanti.” Barangkali itulah antara kata-kata naluri anda.



Persoalannya, suatu hari nanti itu sampai bila? Adakah anda mahu mengambil masa dua bulan, tiga tahun ataupun 10 tahun lagi? 

Mungkin juga anda merancang untuk menyiapkan penulisaan itu apabila usia sudah meningkat tinggi?

Memang tidak salah tetapi bagi saya pada ketika itu mungkin juga sudah jauh terlewat dan anda sudah pun membuang banyak masa.

Oleh itu, saya sarankan cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan mengupah seorang penulis, sekali gus dapat merealisasikan impian anda itu.



Proses penerbitan

Bagi peluang pada diri anda mempunyai buku biografi sendiri. Ia juga umpama memberikan penghargaan kepada diri sendiri selepas sejak sekian lama anda bertungkus lumus membina kejayaan.

Jika bukan anda sendiri, siapakah lagi yang akan peduli untuk menghasilkan buku biografi anda?

Mengupah penulis upahan seperti saya untuk menulis pengkisahan hidup anda, boleh juga dianggap sebagai pelaburan masa depan anda dalam dunia perniagaan diceburi.

Ini kerana kredibiliti anda yang dipaparkan dalam buku biografi itu akan menjadi rujukan ramai orang, sekali gus anda terus mendapat kepercayaan.  

Lebih menguntungkan, mengupah penulis upahan biasanya tidak membabitkan kos begitu tinggi, apatah lagi di luar kemampuan anda.

Anda juga tidak perlu risau mengenai fakta atau isi kandunga hasil buku biografi bakal diterbitkan itu salah atau tidak tepat. Ini kerana proses penerbitan semestinya dimulakan dengan perbincangan.

Malah, segala maklumat mengenai anda yang tidak ingin dikongsi juga adalah dirahsiakan demi privasi anda. Sebagai pelanggan, sudah semestinya saya akan menghormati permintaan anda.

Jika anda tidak ada masa untuk berbincang disebabkan kesibukan menguruskan perniagaan, usah bimbang.

Kecanggihan komunikasi hari ini tidak lagi membataskan anda untuk sentiasa berhubung dengan penulis upahan sepanjang proses penghasilan biografi itu.

Contohnya, melalui WhatsApp, Facebook Massenger dan emel, anda dan penulis  boleh saling berhubung untuk berbincang mengenai pakej, kuantiti penulisan, gaya penulisan serta tajuk buku biografi itu.

Apabila penulisan siap sepenuhnya, sebagai empunya diri anda berhak membaca, melihat dan menyunting buku biografi itu sebelum ia menjadi realiti.

Selain itu, setiap khidmat penulisan artikel yang ditawarkan saya kepada anda akan menjadi hak anda dan saya tidak ada hak untuk mengulang siar kembali.

Jadi, tetapkan keputusan dan tidak perlu bertangguh lagi! Pastikan biografi anda dalam
genggaman!