Tuesday, January 8, 2019

Sahabat komuniti prihatin

Teks Nor Affizar Ibrahim 

Sahabat komuniti prihatin


Semuanya bermula kursus Para Kaunselor yang saya ikuti pada pada penghujung Oktober hingga awal November  tahun lalu, anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM).

Kursus Para Kaunselor itu memberikan impak besar kepada saya.  Banyak perkara baharu saya pelajari.

Selain itu, saya juga mendapat ramai kenalan baharu dalam pelbagai bidang berbeza tetapi rata-ratanya bersemangat  tinggi untuk menyumbang kurdrat, idea dan masa mereka untuk menjadi sukarelawan.

Pada hal, pada usia sebegitu mereka boleh sahaja memilih untuk bersenang-lenang di rumah atau pun bersantai  ke sana-sini. 

Tetapi  dengan hati  penuh keikhlasan,  mereka lebih senang untuk terus menghulurkan khidmat bakti dan melakukan amal kebajikan kepada golongan memerlukan.

Mereka semua sememangnya memberi aspirasi dan mengagumkan saya kerana walaupun majoriti daripadanya sudah bersara daipada alam pekerjaan, tetap bersemangat untuk menabur bakti sebagai sukarelawan sokongan ISM.

Saya tabik dengan  kesungguhan  mereka!

Ternyata, berakhirnya kursus Para Kaunselor yang dianjurkan ISM tahun lalu, tidak berakhir di situ sahaja,  sebaliknya ada kesinambungannya.

Melalui inisiatif, Datin Hajjah Rohaiza Mohamaed  yang juga usahawan dan Pengarah Urusan Glario Bionergy Sdn Bhd dan sokongan rakan lain, termasuk Prof Fatimah Abu Bakar,  Prof Dr Yakcop, Cikgu Saari, Datin Hajjah Diana dan ramai lagi, usaha menubuhkan persatuan NGO digerakkan supaya menjadi realiti.

Kami  bersatu  berkongsi pandangan, idea dan pengalaman serta kepakaran masing-masing untuk merealisasikan impian menubuhkan sebuah persatuan sukarelawan yang dapat menyumbangkan sesuatu bermanfaat kepada masyarakat.

Memenuhi aspirasi itu,  beberapa siri perjumpaan dan mesyuarat diadakan di beberapa tempat sebelum ini, termasuk bersama wakil ISM dan alumni Para Kaunselor ISM.

Ia semata-mata  bagi membincangkan usaha dan merealisasikan penubuhan pertubuhan sukarelawan berkenaan.

Akhirnya,   pada 7 dan 8 Januari 2019, bengkel  dua hari diadakan dengan menghimpunkan beberapa alumni Para Kaunselor untuk sama-sama ‘pecah kepala’ membincangkan mengenai visi, misi, nilai-nilai dan program serta aktiviti bersesuaian bagi persatuan yang akan dibentuk  kelak.

Ia sekali gus merealisasikan impian kami untuk menubuhkan persatuan sukarelawan berkenaan.

Sepanjang bengkel dua hari iti, dua tokoh terkenal  turut dijemput iaitu Prof Dr Madeline Berma dan Prof Datuk Dr Mat Saad Baki bagi mendapatkan pandangan dan pendapat mereka.   

Kata sepakat akhirnya dapat diacapai, apabila semua bersetuju untuk menamakan persatuan sukarelawan itu, SAHABAT KOMUNITI PRIHATIN.

Hari ini dalam sejarah, apabila kertas kerja penubuhan SAHABAT  KOMUNITI  PRIHATIN 
diserahkan kepada Pengarah ISIM , Dr al-Azmi Bakar pada 8 Januari 2019.

Dengan penyerahan  dan ‘restu’ yang diberikan ISM untuk menjadi rakan strategic, maka kini bermulalah episod yang lebih mencabar untuk semua ahli SAHABAT KOMUNITI PRIHATIN.












No comments:

Post a Comment