Teks Nor Affizar Ibrahim
Ilmu diajar seiring adab
Lega rasanya apabila media melaporkan, isu pelajar perempuan yang dirotan guru lelaki kerana mengejek cikgu pondan, berakhir dengan baik dan mencapai kata sepakat oleh semua pihak terbabit.
Malah, ibu bapa pelajar berkenaan juga sudah pun menarik balik laporan polis yang dibuatnya, sebelum ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd.
Khabarnya, , satu pertemuan antara mereka telah diatur bersama-sama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan esok
Jalan penyelesaian terbaik akan dicari buat kedua-dua pihak, bagi mendapatkan situasi menang-menang, tanpa perlu membabitkan undang-undang.
Apa pun, isu cikgu merotan murid dan mengakibatkan kesan atau lebam pada tubuh serta campur tangan ibu bapa, sebenarnya bukanlah isu baharu.
Malah, terdapat juga kes guru yang dikenakan hukuman penjara dan dibuang kerja akibat didapati bersalah merotan anak murid hingga menyebabkan kecederaan.
Malang sungguh, jika ini berlaku dan terus berlaku dalam masyarakat kita hari ini.
Lazimnya, apabila timbul isu ini mulalah berlaku tuduh menuduh antara pihak terbabit, sekali gus menimbulkan pelbagai emosi dan sentimen.
Lebih menyedihkan, apabila isu seumpama ini menjadi viral dan berlakulah pula ‘campur tangan’ orang luar atau netizen yang boleh menambahkan lagi buruk keadaan.
Apabila hal seperti ini timbul, sepatutnya ia dijernihkan secepat mungkin tetapi apa yang sering berlaku, menjadi berpanjangan.
Hinggakan, orang luar yang tidak tahu hujung pangkal menokok tambah cerita yang tidak sepatutnya.
Akhirnya, bertambahlah lagi kemelut dan konflik antara pihak terbabit.
Dalam kes berlaku baru-baru, pujian harus diberikan kepada beberapa pihak terbabit yang berjaya menangani segera isu ini dengan sebaik mungkin dan dengan cara yang penuh berhemah.
Tidak
dinafikan keadilan sangat penting bukan saja kepada pihak murid, tetapi juga
kepada pihak guru berkenaan.
Namun,
yang perlu perlu pelajari sesuatu daripada kes yang berlaku ini ialah cara
untuk menanganinya secara menyeluruh kerana ia membabitkan adab seorang
pelajar terhadap gurunya dan reaksi guru terhadap situasi luar jangka..
Bagi ibu
bapa pula, selalulah berpesan kepada anak anda hormatilah guru mereka setiap
masa.
Ini kerana
ilmu itu diajar seiring dengan adab. Oleh sebab itulah orang berilmu adalah
orang yang beradab. Orang yang beradab akan hormat pada sumber ilmu iaitu gurunya.
Jika murid
tidak menghormati guru dan menunjuk lagak masing-masing, tidak mendengar kata,
melawan kata-kata guru dan sebagainya maka jelas sekali itu memang tiada adab.
Kalau
tiada adab maknanya, tiadalah ilmu yang akan masuk ke jiwa dan minda.
No comments:
Post a Comment