Oleh Nor Affizar Ibrahim
Rehatlah Nora Anne
Pencarian
10 hari remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang
, dilaporkan hilang ketika menginap di resort The
Dusun, Pantai, di Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya membawa khabar duka apabila mayatnya ditemui kira-kira dua kilometer dari resort berkenaan.
Berita sedih itu pastinya bukan sahaja dirasakan oleh
keluarganya tetapi ramai pihak, khususnya yang mengikuti perkembangan kes
kehilangan remaja itu sejak hari pertama
kejadian.
Sebaik sahaja berita kehilangan remaja yang mengalami masalah holoprosencephaly
atau lembam itu tersebar, ramai berdoa dan berharap, dia dapat cepat ditemui semula dan selamat kembali ke pangkuan
keluarganya.
Sepanjang pencarian Nora Anne, doa dan sokongan
orang ramai sentiasa mengiringi keluarga malang itu.
Malah, kes kehilangan Nora Anne bukan
sahaja diikuti masyarakat tempatan, tetapi juga seluruh dunia.
Benarlah kata keluarga
itu, Nora Anne berjaya menyatukan semua
pihak terutama Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia dalam misi mencarinya
secara bersama.
Kenyataan itu yang dikeluarkan di Facebook Lucie Blackman Trust,
sebuah perbadanan amal yang menguruskan hal ehwal berkaitan media untuk keluarga
mangsa menyatakan, Nora Anne menyentuh hati bukan saja rakyat Malaysia tetapi juga
seluruh dunia.
Selain
itu, ahli keluarga turut menyifatkan Nora sebagai gadis yang istimewa dan seorang yang menyeronokkan, lucu
serta sangat penyayang.
Kata keluarganya, remaja berusia 15 tahun itu tidak
seperti remaja lain dan tidak akan ke mana-mana bersendirian.
Nora Anne menghidap ‘Holoprosencephaly’ sejak lahir iaitu mengalami masalah mempunyai saiz otak yang lebih kecil berbanding individu lain.
Lebih kasihan, sepanjang hayatnya, Nora Anne banyak meluangkan masa di hospital. Ketika lahir, dia memerlukan pembedahan untuk membantunya bernafas.
Beberapa pakar kesihatan memantau tumbesarannya, kebolehan fizikal, kekuatan terutama keupayaan mentalnya.
Nora memerlukan pemantauan pakar pendidikan yang khusus dan ditempatkan di sekolah untuk kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah berkomunikasi serta pembelajaran.
Kenyataan itu turut menyebut, Nora Anne turut berbangga kerana dapat bertutur dalam Bahasa Perancis dan Inggeris. Namun, kebolehannya untuk berkomunikasi secara lisan adalah terhad.
Nora Anne membaca seperti kanak-kanak dan dia boleh menulis dengan banyak. Dia mempunyai daya ingatan yang baik tetapi tidak memahami apa-apa secara konseptual.
Dia juga tidak memahami matematik dan tidak pandai menggunakan wang, selain membuat atau menjawab panggilan telefon.
Walaupun begitu, Nora Anne mampu mandi dan memakai pakaiannya sendiri. Cuma dia menghadapi kesukaran untuk memasang butang dan membasuh rambutnya.
Sebelum ini, dia pernah ke Asia serta Eropah dan tidak pernah terpisah dengan keluarga atau tersesat.
Nora
Anne juga sangat sensitif, malah pemalu dan akan resah terhadap orang luar.
Setiap malam,
dia akan meluangkan masa bersama ibunya sebelum tidur.
Nora Anne
dikatakan, sangat teruja untuk bercuti di Malaysia bersama keluarganya.
Itu antara perwatakan dan ciri-ciri yang dimikili Nora Anne yang dikongsikan oleh keluarganya.
Betapa, dia begitu disayangi dan diberikan perhatian sepenuhnya
oleh keluarga. Justeru, kehilangannya pasti sesuatu yang merisaukan dan
membuatkan keluarga menjadi tidak keruan.
Namun, akhirnya jawapan kehilangan Nora Anne
ditemui dan takdir Tuhan mengatasi segala-galanya
apabila mayat remaja itu ditemui pada hari ke-10 pencariannya.
Mayatnya dijumpai jam 1.57 tengahari dan disahkan
oleh polis, selepas keluarganya membuat pengecaman.
Mayat remaja itu ditemui oleh
pendaki yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dimulakan,selepas
menerima laporan kehilangannya pada 4 Ogos lalu.
Dengan
penemuan mayat itu secara tidak langsung, kes kehilangan sudah pun menemui
titik noktah.
Mesikpun, mayat Nora Anne ditemui dalam keadaan sempurna dan baik, terdapat beberapa persoalan yang menyelubungi benak fikiran semua pihak.
Sehinggakan pelbagai spekulasi timbul dan meresahkan orang ramai.
Bagaimanapun, semua jawapan terlerai apabila hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat Nora Anne, mendapati punca kematian disebabkan kebocoran usus akibat tidak makan dalam tempoh panjang dan stres berpanjangan.
Hasil bedah siasat oleh pakar patologi yang memakan masa 10 jam
turut mendapati remaja warga Ireland itu mati dalam masa dua ke tiga hari
sebelum ditemui.
Tiada luka lain atau kesan jenayah pada mayat Nora Anne selain
calar kecil pada kaki serta tiada kesan dirogol.
Dengan semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu,
maka terlerailah segala persoalan.
Hanya simpati yang dapat diucapkan kepada
keluarga Nora Anne kerana pemergian insan disayangi untuk selama-lamanya.
Pastinya, tragedi yang menimpa mereka
sekeluarga sesuatu yang tidak mudah dilupakan begitu sahaja.
Namun, diharapkan keluarga Nora Anne dapat menerima takdir ini.
Moga kejadian ini tidak berulang atau berlaku kepada sesiapa.
Damailah Nora Anne di sana.
Rest now dear Nora Anne...
Rentetan Kehilanagn Nora Anne Quoirin
3 Ogos 2019 – Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun
Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.
4 Ogos 2019 – Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari
hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya jam 8 pagi.
Polis menerima maklumat kehilangan mangsa
daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga remaja
itu. Polis melakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari
Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
5 Ogos 2019 – Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan
Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi
Nora Anne dilapor hilang.
8 Ogos 2019 -Operasi SAR masuk hari kelima, diteruskan dengan kekuatan 247 anggota dari pelbagai agensi keselamatan dan diketuai oleh Unit Senoi Praaq Polis Diraja Malaysia (PDRM).Khidmat helikopter Pasukan Gerakan Am PDRM turut digunakan dengan tambahan teknologi yang lebih canggih bagi mengesan gadis tersebut.Inisiatif lain yang diambil adalah dengan memainkan rakaman suara ibu Nora Anne memanggil remaja itu dengan panggilan manja menerusi pembesar suara sepanjang SAR.
12 Ogos 2019- Operasi
SAR masuk hari kesembilan, diteruskan dengan kekuatan 348 anggota dari pelbagai
agensi keselamatan. Ganjaran sebanyak
RM50,000 ditawarkan oleh keluarga Nora Anne kepada mana-mana pihak yang dapat
memberi maklumat untuk menjejaki Nora Anne.Pasukan polis Ireland, England dan
Perancis turut membantu PDRM menyiasat kes kehilangan Nora Anne.
13 Ogos 2019 - Operasi SAR masuk hari ke-10, mayat seorang wanita berkulit putih ditemui
oleh sekumpulan pendaki di Gunung Berembun kira-kira 2.5 kilometer dari resort
The Dusun Pantai Hilll/ Mayat telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ),
Seremban menggunakan helikopter. Pihak polis sahkan bahawa mayat yang ditemui adalah Nora Annesetelah
ahli keluarga remaja itu membuat pengecaman.
No comments:
Post a Comment