Kebaikan Upah Penulis dan Caj Servis
“Kalau upah penulis apa kita dapat?”
“Berbaloi ke keluar duit bayar upah ni?”
“Nanti kita dah bayar, kerja tak buat.”
“Macam membazir je kalau upah.”
Satu persatu soalan seperti di atas mungkin akan bermain di fikiran anda yang masih teragak-agak sama ada perlu atau tidak, mengambil khidmat penulis upahan.
Keinginan untuk mengambil atau menggunakan khidmat penulis upahan memang ada tetapi ada beberapa keraguan yang timbul. Justeru, hasrat itu pun terbantut.
Soalan - “Kalau upah penulis apa kita dapat?” Antara soalan yang kerap dilontarkan sebelum keputusan mengambil penulis upahan diputuskan.
Saya tidak salahkan anda mengajukan kembali soalan itu apabila disarankan mengambil khidmat penulis upah untuk membuat kerja penulisan untuk anda.
Pelaburan jangka panjang
Wang anda dan anda yang akan mengeluarkan perbelanjaan! Jadi, anda sememanngnya tidak salah untuk bertanyakan soalan itu. Lumrah, apabila kita mengeluarkan duit, sudah tentu empunya diri ingin tahu apakah faedah yang diperolehi.
Jawapan saya – “Banyak manfaat sebenarnya,” Contohnya, untuk penulisan buku biografi atau profail, pertama sekali anda boleh menganggapnya ia sebagai pelaburan jangka panjang.
Ini kerana buku biografi dan profil itu boleh dijadikan sebagai ‘bukti’ atau proposal anda untuk mengembangkan perniagaan serta membina rangkai kerja lebih luas.
Ini kerana di dalam buku berkenaan sudah tentu tercatat kesungguhan dan kewibawaan anda untuk membina kejayaan mengenai apa yang diusahakan.
Cara pantas
Sebagai usahawan atau individu yang menjalankan perniagaan, sudah tentu anda mahu dikenali dan mendekati orang ramai. Jadi, dengan adanya buku biografi atau profil itu, ia salah satu cara terpantas untuk memenuhi hasrat itu.
Apabila siap pula, pastinya buku itu akan disimpan untuk rujukan diri sendiri dan juga individu lain.
Ini seharusnya menjadi kebanggaan kerana secara tidak langsung anda menjadi sifu dan dapat membimbing orang lain. Sesungguhnya, ilmu dikongsi memberikan lebih keberkatan.
Banyak lagi faedah lain apabila anda mendapatkan khidmat penulis upahan, termasuklan ia tidak akan merugikan anda jika betul cara dan strateginya.
Hendak menulis sendiri, mungkin anda tidak ada skil mengarang. Hendak belajar menulis, ia bukan sehari dua.
Lebih-lebih lagi, jika anda sendiri malas belajar atau sememangnya tidak berminat dengan dunia penulisan!
Jika hendak belajar menulis pula, adakah anda mempunyai banyak masa untuk berbuat demikian? Sedangkan, rutin setiap hari pun sudah cukup memenatkan anda.
Anda perlu tahu bahawa menulis adalah skil penting bukan sahaja untuk menulis biografi atau profil tetapi juga bagi menghasilkan pemasaran yang berkesan.
Begitu juga untuk merangka strategi sesuatu kempen iklan dan mempromosikan produk guna Fb Ads, anda perlu menulis.
Justeru, jika anda tidak ada skil itu adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat penulis upahan yang arif mengarang dan mengguna perkataan atau tatabahasa betul serta boleh difahami untuk sesuatu artikel promosi.
Saya percaya, setiap kerja dan perancangan akan lebih teratur lagi jika anda mendapatkan khidmat individu yang ada skil penulisan untuk membantu anda.
Jimatkan kos
Saya tahu untuk kerja-kerja promosi yang memerlukan penulisan iklan seperti copywriting dan terjemahan, ada usahawan, agen atau stokis yang sanggup mengambil pekerja tetap dan membayar gaji mereka.
Pada hal, jika dihitung semula sudah tentu mengambil pekerja memerlukan kos lebih tinggi.
Ini kerana selain daripada gaji, ada bebanan lain yang perlu ditanggung oleh anda sebagai majikan.
Ini termasuklah, pembayaran perubatan, potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bayaran gaji lebih masa dan lain-lain lagi. Tidakkah semua itu membebankan?
Lebih menyesakkan fikiran, jika pekerja itu tidak boleh atau mampu melakukan kerja berkenaan.
Berbanding jika anda mengambil khidmat penulis upahan, hanya perlu bayar caj upah menulis dan tiada kos sampingan lain.
Penulis itu pula sudah tahu apa yang hendak ditulis dan faham apa kemahuan kamu.
Anda hanya perlu membuat bayaran penuh apabila semua kerja siap seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Semua ini jauh lebih menjimatkan masa, tenaga dan juga wang!
Jadi, jika anda tanya “Berbaloi ke keluar duit bayar upah ni?” Jawapan saya – Memang berbaloi-baloi!
Murah berbanding iklan berbayar
Saya juga yakin, sebagai peniaga mahupun usahawan anda tentu pernah mendengar cara pengiklanan berbayar, Fb Ads dan Google Ads.
Kedua-dua servis periklanan berbayar ini tidak disangkal, kaedah pemasaran paling cepat untuk mendapatkan hasil.
Bagaimanapun, kedua-dua kaedah pemasaran ini perlukan kemahiran. Jika tidak, sudah pasti duit pelaburan anda untuk pengiklanan ini akan lebur begitu sahaja.
Kos untuk kedua-dua servis pengiklanan ini juga tidak menentu. Ia bergantung kepada kepakaran dan pengalaman individu yang menjalankan servis pengiklanan melalui dua medium berkenaan.
Iklan anda juga hanya akan berjalan jika anda mempunyai bajet untuk menggunakan dua servis perngiklanan ini. Tiada bajet, bermakna tiada iklan.
Namun, menerusi servis advertorial iaitu perkhidmatan pengiklanan melalui kandungan editorial ataupun dikenali sebagai iklan melalui penulisan review ia boleh menjimatkan kos.
Segala maklumat berkaitan produk atau servis anda boleh dituliskan secara lengkap oleh penulis upahan.
Hasil tulisan advertorial itu kemudiannya bolehlah dimasukkan di dalam blog atau mana-mana laman web, membuat risalah dan sebagainya,
Bermula dari kelebihan produk atau servis anda, siapa pemiliknya, apa tawaran dan bagaimana untuk menghubungi pemilik produk atau servis.
Apa yang pasti, artikel ditulis penulis upahan itu boleh digunakan untuk anda berkongsi maklumat dengan mereka yang sedang mencari maklumat menerusi internet mengenai produk atau perkhidamatan ditawarkan.
Sebagai penjual produk dan individu yang menawarkan produk atau perkhidmatan, anda perlu berkongsi lebih banyak informasi kepada prospek,
Dengan berkongsikan maklumat yang menarik, berguna dan padat menerusi artikel, anda akan dapat membina kepercayaan dalam diri pelanggan terhadap anda.
Oleh itu, dapatkanlah khidmat penulis upahan yang sememangnya sentiasa bersedia membantu anda untuk menghasilkan seberapa banyak mungkin artikel diperlukan.
“Nanti kita dah bayar, kerja tak buat.” Jangan risau mengenai hal ini.
Setiap tugasan hanya perlu pembayaran 30 peratus sahaja apabila kedua-dua pihak sudah pun bersetuju.
Baki selebihnya hanya dibayar selepas semua kerja selesai disiapkan seperti mana diinginkan oleh pelanggan.
Oleh sebab itulah pentingnya perbincangan antara usahawan dan penulis upahan. Pastikan adanya kata sepakat atau sefahaman antara kedua-dua belah pihak terlebih dahulu sebelum bersetuju dan membuat keputusan.
Penulisan berkualiti
Satu lagi kelebihan mengupah penulis upahan ialah anda dapat memastikan hasil penulisan yang berkualiti, sama ada untuk biografi atau profil dan artikel periklanan.
Ini penting kerana penulisan berkualiti seharusnya mampu menarik minat pembaca untuk terus membaca dan mengetahui lebih lanjut.
Ciri-ciri penulisan berkualiti dimaksudkan ini antaranya;
· * Artikel disampaikan dalam pelbagai gaya penulisan
· * Berupaya membuat pembaca menyelami dan memahami isi kandungan yang ingin disampaikan
* Penulisan mesra SEO bagi memudahkan laman web berada dalam top ranking carian Go
Sebagai usahawan, anda tentu berpuas hati dengan hasil kerja bermutu. Lebih-lebih lagi jika ia dapat membantu melonjakkan pasaran dan permintaan.
Penuhi matlamat
Wang bukanlah segala-galanya dalam menghasilkan sesuatu penulisan bagi penulis upahan yang beretika.
Justeru, tidak hairanlah penulis upahan yang mempunyai ciri-ciri itu akan sentiasa melakukan terbaik dan berusaha memenuhi matlamat pelanggannya.
Ia supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati apabila ada tugasan yang perlu diselesaikan.
Untuk itu, setiap tugasan menyiapkan artikel dan copywriting pasti akan disiapkan mengikut tempoh atau deadline yang sudah ditetapkan dan dipersetujui.
Pada masa sama, pelanggan tidak perlu risaukan kualiti penulisan sekalipun tempoh deadline diberikan adalah singkat. Tiba deadline diberi, pasti akan disiapkan.
Saya yakin, dengan penulisan berkualiti dan menarik ia pasti dapat menarik minat pembaca untuk kongsikan kepada lebih ramai orang sekaligus menaikkan trafik laman web.
Penulisan copywriting yang mantap juga mampu menarik minat dan perhatian prospek anda membeli produk atau servis ditawarkan.
Harga Servis
Buat masa ini, saya menawarkan servis kerja-kerja penulisan upahan hanya dalam Bahasa Melayu.
Bagaimanapun, saya turut menawarkan perkhidmatan penterjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
Adakah saya mengenakan caj yang mahal? Tentu sekali TIDAK! Saya selalu menetapkan niat untuk membantu mereka yang perlukan bantuan.
Jika individu atau usahawan yang saya bantu itu berjaya dan terus berjaya, ia sebenarnya menjadi satu kepuasan serta kebanggaan kepada saya.
Justeru, setiap kali saya mengenakan caj atas setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan, ia adalah fleksibel dan semuanya berdasarkan kata sepakat.
Jadi, diharapkan anda tidak segan silu berhubung dengan saya jika ingin mendapatkan khidmat saya.
Bagaimanapun, perkhidmatan saya tawarkan tidak merangkumi artikel atau perkhidmatan berunsur lucah, yang boleh membawa sentiviti, politik, berunsur hasutan, ancaman dan ugutan serta yang menyalahi dan melanggar undang-undang ataupun adab susila.
Namun, sebagai panduan berikut adalah caj bayaran bagi perkhidmatan yang saya tawarkan;
i. Biografi/Profil - Bermula dari RM5000 (Harga ditetapkan berdasarkan konsep penulisan, bahan-bahan disediakan dan kajian serta penyelidikan dibuat)
*
ii. Artikel periklanan (Review)/Copywriting - Bermula dari RM50.00 untuk 500 patah perkataan (Untuk artikel saja tanpa pemasaran internet).
ii. Artikel periklanan (Review)/Copywriting - Bermula dari RM50.00 untuk 500 patah perkataan (Untuk artikel saja tanpa pemasaran internet).
iv. Penyuntingan artikel (Editing) – Bermula dari RM50.00 (Harga ditetapkan berdasarkan jumlah patah perkataan, teknikal dan gaya serta ciri penulisan asal)
v. Penyelarasan artikel (Proofreading) – Bermula dari RM50.00 (Harga ditetapkan berdasarkan jumlah patah perkataan, teknikal dan gaya serta ciri penulisan asal)
Apa pun, bagi saya adalah lebih baik kita saling membantu dan berkongsi rezeki kerana pada akhirnya, semua yang datang serta dimiliki itu adalah daripada-Nya.
salam.. saya berminat .. wassap saya boleh 0133333727
ReplyDelete