Teks Nor Affizar Ibrahim
Gigit
sunnah Rasulullah SAW dengan gigi geraham
Catatan
ini, sepatutnya saya menulisnya semalam tetapi disebabkan terlalu penat, saya
tangguhkan dulu.
Malam,
hari Isnin saya berkesempatan meraikan sambutan Maulidur Rasul di kawasan
perumahan saya bersama penduduk setempat.
Acara
sambutan itu sederhana dan dibuat selepas Isyak tetapi penuh bermakna, termasuk
pengisian ceramah dibawakan oleh penceramah dikenali, Ustaz Haryanto Rizal
Rokman.
Mengimbas
sambutan Maulidur Rasul iaitu ulang tahun hari kelahiran Nabi Muhammad SAW
ketika masih kecil, pastinya saya tidak akan lupakan perarakan beramai-ramai
yang pernah disertai.
Dulu,
perarakan beramai-ramai sambil berselawat terhadap junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW cukup sinonim dengan sambutan kelahiran Baginda di negara ini.
Bukan
sahaja di ibu negara, malah seluruh negara ketika itu akan mengadakan perarakan
beramai-ramai.
Lebih
meriah, setiap kumpulan akan membawa sepanduk masing-masing dengan tulisan yang
pelbagai.
Sambil
berjalan, masing-masing tidak berhenti berselawat ke atas junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW, sehinggalah tiba ke destinasi penamat ditetapkan.
Tidak
silap, ketika berusia lingkungan sembilan tahun saya berpengalaman mengikut
arwah bapa menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul.
Saya
ingat lagi, masa itu bimbang juga tidak terdaya berjalan jauh mengikuti
perarakan. Maklum, dulu perarakan Maulidur Rasul bukannya dekat seperti
sekarang ini.
Namun,
semangat yang sentiasa berkobar-kobar mengingati sambil memuji-muji Rasulullah
menyebabkan tidak terasa jarak perarakan itu begitu jauh.
Cuaca
ketika itu pula agak panas terik, semakin banyaklah peluh keringat membasahi
baju.
Yang
seronoknya, sepanjang perarakan itu ada sahaja orang bersedekah makanan dan
minuman yang diagihkan kepada orang ramai mengikuti perarakan itu.
Masing-masing ingin berebut pahala pada hari itu.
Suasananya
memang meriah sekali dan perarakan itu bukan sahaja membabitkan orang dewasa
berusia tetapi juga dari kanak-kanak hinggalah remaja dan golongan muda.
Hampir
semua berpakaian cantik, berbaju Melayu dan samping bagi lelaki manakala wanita
mengenakan baju kurung. Suasana berpakaian cantik itu bolehlah dikatakan
seperti menyambut Hari Raya.
Begitulah
senario sambutan Maulidur Rasul dulu yang sememangnya agak berbeza sedikit hari
ini. Walau apa pun, acara perakan seumpama itu sememangnya mampu membuatkan
kita memperingati Rasulullah.
Bagaimanapun,
harus diakui, memperingati Nabi Muhammad SAW tidaklah terhad kepada hari
tertentu ataupun hanya melalui acara tertentu. Malah, ia sepatutya disegarkan
dalam ingatan setiap Muslim sepanjang masa.
Aktiviti
perarakan sambil membaca selawat atas Nabi SAW dan ceramah agama sangat
signifikan untuk menyegarkan ingatan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Amalan
ini juga dapat meninggikan syiar Islam yang sesuai dengan kedudukannya.
Ustaz
Haryanto dalam ceramahnya, berkata umat Islam mesti selalu dan sentiasa
mengingati Rasulullah dalam urusan kehidupan seharian.
Baginda
adalah Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT membawa syariat untuk
kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Dalam
ceramahnya, Ustaz Haryanto berkali-kali mengingkatkan, umat Islam mesti
berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah SAW.
Katanya,
untuk hidup selamat dan bahagian, berpegang dan amalkanlah Sunnah Rasulullah.
Sunnah
adalah sumber kedua yang menjadi ikutan dan teladan untuk umat islam selepas
al-Quran.
Sunnah
Rasulullah SAW merangkumi segala aspek termasuklah, amalan ibadat, urusan
keluarga, harta dan wasiat, hubungan dengan jiran serta masyarakat dan
sebagainya.
Oleh
itu, adalah rugi dan boleh binasa hidup bagi barang siapa yang tidak mengikut
Sunnah Rasulullah.
“Untuk
selamat dan bahagia dengan kehidupan di dunia dan akhirat, Nabi Muhammad SAW
berpesan, berpeganglah kepada Sunnah dan gigitlah dengan gigi geraham. Gigit
gigi geraham itu sudah cukup membayangkan kepada kita betapa Rasulullah mahu
umatnya berpegang teguh dan kental dengan amalan Sunnah Baginda. Bayangkan, kalau
gigit dengan gigi depan, tentulah lebih mudah terlepas,” kata Ustaz
Haryanto.”
“Sesungguhnya
orang-orang yang hidup setelahku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka
hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang lurus
dan mendapat petunjuk, berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan gigi
geraham.”
Hakikatnya,
sebagai seorang muslim, tentu kita akan menjalankan segala kewajiban kepada
Allah. Misalnya, seperti solat, membayar zakat, berpuasa Ramadan dan haji.
Semua kewajiban itu harus kita laksanakan kerana ia perintah daripada
Maha Pencipta.
Tetapi
selain perintah yang wajib dilakukan, kita juga harus menambahnya dengan amalan
sunnah yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
Antara amalan sunnah Rasulullah SAW yang mudah diikuti dan diamalkan:
Masuk tandas
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan
2.Tutup Kepala bila masuk tandas
3. Masuk tandas pakai alas kaki
4. Buang air kecil dan besar dalam keadaan duduk/mencangkung
5. Masuk tandas janga lama-lama
6. Jangan makan dan minum dalam tandas
Tidur
1.Kibaskan tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan
3.Kepala menghadap kiblat
4.Baca doa tidur
5.Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur
6.Kemas tempat tidur
7.Bersihkan diri
8. Sebelum tidur ambil wuduk
9. Maafkan semua kesalahan orang lain dan halalkan hutang piutang
10. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan
11. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah ke kiri dan doa dijauhkan
Makan minum
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah
4.Basuh tangan sebelum makan.
5.Makan buah dahulu baru makan nasi
6.Makan secara berjemaah, makan dengan keluarga, lagi ramai lagi berkat rezeki itu
7.Makan makanan yang ada di hadapan jangan capai yang jauh-jauh
8. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma
9. Makan bermula dari tepi kemudian tengah
10. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
11. Selepas makan terus basuh pinggan
12. Puasa isnin dan Khamis
13. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan air
14. Jangan gunakan cawan yang sumpik/sumbing atau pecah
15. Jangan tiup ke dalam air panas untuk sejukkannya
16 Jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yang besar
Ke masjid
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid
3. Berwuduk dari rumah
4. Baca doa masuk dan keluar masjid
5. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri
6. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang, 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak
7. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yang di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah
Berpakaian
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni "Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini"
2. Apabila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan
3. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak
4. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim
Berjalan
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu
2. Beri salam 3 kali bila bertamu ke rumah sahabat
Masak
1. Tutup aurat ketika memasak
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah(baik untuk ibu yang ingin membentuk anak)
Hari Jumaat
1. Memotong kuku pada hari Jumaat
2. Memperbanyakkan doa antara Imam berkhutbah hingga Asar
3. Mandi sunat Jumaat
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat
5. Memakai wangi wangian
Sikap
1. Apabila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, apabila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah tu hilang
2. Apabila marah ambil wuduk

No comments:
Post a Comment