COVID-19: Coret seribu satu kisah
Selepas lama tidak menjengah blog ini, saya kembali untuk
membuat sedikit catatan.
Sebenarnya, tahun 2020 memberi seribu satu ragam cerita yang ingin dikongsi.
Tetapi entah mengapa, berat sekali saya untuk mencatatkannya semua itu dalam
blog ini.
Namun, dengan ujian besar COVID-19 yang melanda seluruh
dunia pada ketika ini, saya ingin dan
tergerak hati berkongsi penulisan.
Apatah lagi, COVID-19 telah mencatat sejarah yang
tersendiri untuk semua orang. Saya pasti ada seribu satu cerita yang boleh
dikongsikan.
Namun, saya percaya bagi yang terbabit secara langsung lebih
banyak yang pilu daripada yang menggembirakan.
Apa pun, kita semua perlu tabah dengan dugaan dan musibah
yang melanda pada masa kini. Kuatkan semangat dan reda dengan ketentuan ALLAH
sbt.
Saya tahu, akibat COVID-19 ramai yang terkesan, dari hal pendapatan terjejas hinggalah ujian
dibuang kerja dan juga kematian, hilang orang yang dikasihi buat
selama-lamanya.
Allahhu Akhbar! Bukan ujian yang kecil tapi sememangnya
berat untuk digalas.
Ada juga yang dilanda kehampaan seperti tidak dapat berjumpa dengan ayahanda dan bonda
pada Hari Raya Aidilfitri, terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan, tidak
dapat menjadi tetamu Allah tahun ini dan sebagainya.
Namun percayalah, setiap yang berlaku ada hikmah di
sebaliknya. Marilah kita sama-sama istiqamah dan mensyukuri Rahmat-Nya.
Saya tahu, ramai juga yang sudah simpan banyak koleksi
gambar berkaitan dengan COVID-19.
Kumpul dan simpanlah kerana semua itu bukan
sahaja jadi kenangan tetapi sejarah dalam hidup kita!
2020
PKP
Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
FASA
1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
*(PKPB)
- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan
Pergerakan seluruh 🇲🇾
📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di
masjid.
📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun
sebelumnya.
📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung,
tiada kunjung mengunjung.
📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya
dari rumah.
📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas
talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar
dgn meletak tgn di dada.
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk
menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh
meter ke luar kedai.
📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan
bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas
hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan
pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan
serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam.
Ibarat tiada waktu tidur.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga
dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian
diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu
juga tidak dibenarkan.
📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian,
tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain
telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup
muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan
tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar
melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap
hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal
dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia
dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila
keluar.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan
berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering
dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan
"Kita harus menang"
Ini adalah Novel
Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac
2020
Nikmat
mana lagi yang kita dustai?