Teks Nor
Affizar Ibrahim
KUIH
LAPIS
Saya
tidak pasti, benar atau tidak, fakta yang menyatakan kuih lapis adalah makanan
yang berasal dari Indonesia.
Apa
yang saya ketahui, kuih lapis sejak dulu memang digemari ramai dan dikatakan
kuih tradisional masyarakat di negara ini.
Kuih
lapis ini biasanya dibuat berlapis- lapis dalam warna yang berbeza. Namun,
warna merah dan putih antara warna yang kerap ditampilkan.
Kuih
ini sesuai dihidangkan untuk minum pagi atau petang. Kebiasaannya ia juga
menjadi pilihan untuk disajikan pada majlis kenduri.
Jom
kita cuba buat kuih lapis ini!
Bahan-bahan:
2 cawan
tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros
1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang
1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian
dengan warna merah dan letakkan perisa ros.