Teks Nor Affizar Ibrahim
Tulis artikel periklanan
Saya percaya, sebagai usahawan anda pastinya sering memikirkan bagaimana cara terbaik dan berkesan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan.
Tentunya anda tidak boleh duduk diam dan berpeluk tubuh saja menunggu pelanggan. Sesuatu harus dilakukan untuk memasarkan apa yang anda jual dan tawarkan kepada orang ramai.
Hari ini, kaedah promosi jualan semata-mata tidak lagi menjadi kaedah paling berkesan, khususnya untuk platform dalam talian. Pelanggan hari ini juga semakin bijak dan tidak suka dipaksa untuk membeli sesuatu barangan.
Justeru, anda boleh fikirkan kaedah lain agar pelanggan tertarik untuk membeli barangan atau perkhidamatan ditawarkan.
Lazimnya, sebelum membeli sesuatu barangan diinginkan, ada pelanggan akan memikirkan apakah faedah atau keuntungan yang bakal mereka perolehi dari produk ditawarkan.
Antara pertimbangan yang dibuat, adakah dia membeli produk atau perkhidmatan berkualiti dan memberikan kerugian kepada mereka? Adakah peniaga atau orang yang menjual itu boleh dipercayai?
Oleh itu sebagai usahawan atau peniaga anda perlu memberikan informasi tepat, keyakinan, menunjukkan kredibiliti dan menjawab persoalan yang berlegar dalam fikiran pelanggan.
Jika anda mampu merungkaikan semua persoalan itu, ia bermakna anda sudah boleh bina persepsi pasaran. Tetapi bagaimanakah caranya anda dapat lakukan?
Sebenarnya, mudah sahaja caranya iaitu menghasilkan dan menyebar artikel yang berkaitan dengan produk atau perniagaan anda.
Khidmat penulisan ulasan produk atau servis periklanan (advertorial) mampu memberikan impak tinggi kepada pelanggan yang dahagakan informasi.
Bantu perkenalkan produk
Gunakanlah khidmat penulis upahan bagi membantu anda menghasilkan artikel yang boleh memperkenalkan, sekali gus mempromosikan produk ditawarkan kepada pelanggan.
Dengan mengupah penulis upahan, kerja anda menjadi mudah, tidak perlu bersusah payah dan membuang masa merangka serta memikirkan bagaimana untuk menghasilkan artikel yang mampu menarik perhatian.
Anda juga bolehlah menumpukan sepenuh masa untuk memajukan perniagaan ataupun merangka strategi lain yang dapat membantu meningkatkan pasaran.
Bagaimanapun, tidak dinafikan anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk membayar tugasan penulis upahan berkenaan.
Tetapi fikirkanlah, dengan mengupah penulis upahan banyak manfaat anda perolehi, termasuk tidak perlu serabutkan lagi fikiran, dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga.
Apatah lagi, rutin usahawan ini memang sentiasa sibuk.
Kongsi rezeki
Dengan berkongsikan maklumat yang menarik, berguna dan padat menerusi artikel dihasilkan penulis upahan, anda akan membina kepercayaan dalam diri pelanggan.
Ingatlah, anda bukan membina bisnes dan jenama untuk hari ini sahaja.
Anda pastinya ada perancangan untuk menambahkan produk dan memperluaskan rangkaian.
Jika semua perkara anda hendak lakukan sendiri, tentu sahaja tidak cukup tangan.
Jadi, apalah salahnya berkongsi rezeki dengan penulis upahan yang boleh membantu mengurangkan bebanan kerja anda.
Bukankah perkongsian rezeki itu lebih indah dan mendatangkan keberkatan!
Upah penulis ideal
Tidak boleh disangkalkan, tanpa pengalaman menulis mungkin sukar untuk menulis dan saya percaya, ada yang mengalami masalah untuk mula menulis.
Ini disebabkan kurang keyakinan diri dengan penulisan yang ditulis sendiri. Kesannya, ada usahawan gagal mempromosikan produk ditawarkan, sekali gus tidak sampai pada kumpulan sasaran.
Oleh itu idea untuk mengupah penulis bukan sahaja bertepatan tetapi amat diperlukan.
Tanyalah pada diri anda, adakah anda terdaya menghasilkan penulisan copywriting sendiri sedangkan setiap hari ada banyak perkara perlu difikirkan.
Justeru, untuk mengelakkan kepala anda serabut memikirkan dan menyusun perkataan atau ayat yang sesuai, punch dan WOW!, upahlah penulis upahan.
Hakikatnya, bagi menghasilkan copywriting, lebih baik serahkan tugasan itu kepada penulis upahan.
Pada dasarnya, ada beberapa sebab anda memerlukan khidmat penulis upahan. Antaranya;
1. Tidak ada ilmu penulisan atau tidak tahu hendak tulis.
2. Tiada masa hendak tulis.
3. Perlukan hasil penulisan berkualiti daripada pakar.
2. Tiada masa hendak tulis.
3. Perlukan hasil penulisan berkualiti daripada pakar.
4. Memudahkan urusan anda.
Berdasarkan sebab yang dinyatakan itu dan bersandarkan kemahiran saya lebih 20 tahun dalam bidang penulisan, saya bersedia dan ingin membantu usahawan.
Saya boleh membantu menyediakan artikel terbaik bagi produk ataupun servis ditawarkan kepada prospeknya.
Saya boleh membantu menulis berkenaan produk dan perkhidmatan ditawarkan menerusi seperti;
1. Penulisan artikel FB Ads
2. Penulisan artikel blog
3. Penulisan artikel Advertorial
4. Penulisan artikel kenyataan akhbar
Servis penulisan artikel saya merangkumi untuk;
1. pengeluar produk
2. pengasas produk
3. stokis
4. agen
5. sesiapa sahaja yang berminat
Sebenarnya, menggunakan khidmat penulis upahan memang sudah lama diperkenalkan dalam kalangan usahawan online dan offline untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.
Ia bukan saja mengurangkan bebanan dan melancarkan urusan usahawan tetapi juga sudah pun terbukti mampu membuat keuntungan perniagaan.
Tambahan, ia tidaklah memerlukan kos yang tinggi kerana caj dikenakan berpatutan dan tidaklah begitu mahal.
Jadi jika anda berminat, janganlah segan silu untuk menghubungi saya affizar@gmail.com
No comments:
Post a Comment