Teks Nor Affizar Ibrahim
Tulis kisah hidup @ biografi
Tulis kisah hidup @ biografi
Hari ini, terdapat ramai ahli perniagaan atau usahawan yang berjaya. Mendekati golongan ini, adakala memang saya berasa kagum dengan kegigihan mereka mencari rezeki.
Bermula daripada individu yang tidak punya apa-apa, akhirnya mereka berjaya meniti kejayaan demi kejayaan.
Malah, ada di antaranya bukan sedikit onak dan ranjau yang ditempuh tetapi disebabkan tidak pernah kenal putus asa, mereka ini terus bangkit serta berjaya membina perniagaan.
Bukan itu saja, ada yang bermula dengan zero tetapi akhirnya mampu mengeluar dan membangunkan jenama sendiri, meraih keuntungan tinggi dan menjadi insan dikagumi ramai.
Kisah sebegini, memang biasa kita dengar. Bagaimanapun, kebanyakan usahawan atau insan yang berjaya ini enggan, berasa malu atau mungkin tidak tahu bagaimana untuk berkongsi kisah suka duka mereka.
Kongsi rahsia kejayaan
Padahal, ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar dan rahsia kejayaan mereka. Hinggakan, ada yang ingin menjadikan golongan berjaya ini sebagai role mode dan mencontohi jerih perih serta segala usaha pernah dilakukannya.
Oleh itu adalah wajar golongan berjaya ini membukukan kisah hidup atau menulis buku mengenai kisah dan jejak perjalanan hidup mereka.
Bukan bertujuan untuk riak atau membanggakan diri tetapi ia boleh dijadikan matlamat memberikan pedoman dan teladan kepada mereka yang ingin turut sama memburu kejayaan.
Bagi usahawan atau individu sudah berjaya, kesudian mereka berkongsi pengalaman dan cerita menerusi penulisan buku sememangnya dialu-alukan.
Ini kerana ia sekurang-kurangnya mereka dapat memberikan sumbangan untuk membantu dan menambahkan ilmu kepada individu yang ingin mengikut jejak jayanya.
Anggaplah perkongsian cara itu sebagai amal kebajikan atau sedekah kepada mereka yang mengagumi dan memerlukan panduan serta bimbingan anda.
Inilah juga kesempatan baik untuk memberika suntikan semangat dan dorongan kepada mereka mahu bertatih serta mempunyai dan menyimpan impian untuk berjaya seperti yang anda kongsi melalui buku berkisar pengkisahan diri anda.
Percayalah, perkongsian itu sesen pun tidak akan merugikan anda. Malah, mana tahu anda akan terus dilimpahi doa untuk terus berjaya, sekali gus mendapat rezeki berlipat ganda.
Jika tidak tahu cara hendak menulis pengkisahan diri anda, usah risau dan pening kepala memikirkannya. Sebaliknya, dapatkan sahaja khidmat penulis upahan.
Sebagai penulis upahan saya sedia membantu sesiapa saja yang ingin menulis buku biografi pengkisahan perjalanan hidupnya. Insya-Allah dengan pengalaman bertahun-tahun sebagai penulis saya akan membantu merealisasikan cita-cita anda.
Saya pasti, sebagai individu sudah berjaya, sudah semestinya banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan orang ramai, terutama mereka mengagumi kejayaan anda.
Penulisan buku biografi sesuai sekali diterbit dan dikongsikan supaya ia boleh dijadikan contoh serta inspirasi kepada mereka yang ingin mengikut jejak langkah individu berjaya itu.
Tidak kiralah siapa anda – sama ada anda;
· * usahawan yang menceburi apa jua cabang perniagaan atau menawarkan perkhidmatan
· * pengasas produk kecantikan atau produk lain pengeluar produk atau barangan seperti pakaian dan permainan bayi, biskut atau makanan dan sebagainya
· * pengusaha fesyen pakaian, restoran, spa atau butik kecantikan, taska, pusat tuisyen dan lain-lain lagi
· * pemilik agensi pelancongan, agensi pembantu rumah, agensi model dan sebagainya
· * perunding kecantikan, arkitek, hartanah, perakaunan dan lain-lain lagi perunding dan pakar motivasi, kaunselor, pendidikan, kewangan dan sebagainya.
* agen hartanah, agen insurans, agen produk kecantikan, agen hartanah, agen acara dan lain-lain
* agen hartanah, agen insurans, agen produk kecantikan, agen hartanah, agen acara dan lain-lain
· * stokis barangan kesihatan, stokis produk kecantikan, stokis pakaian dan sebagainya
Anda seharusnya berbangga memiliki biografi sendiri!
Apa itu biografi?
Isi kandungannya menceritakan kehidupan seseorang, mulai dari kelahiran sampai keadaannya sekarang ini. Ia berdasarkan fakta dan bukan fiksyen.
Dalam erta kata lain, biografi haruslah bersifat apa yang ada padanya dan jujur. Maknanya, cerita haruslah sebagaimana yang terjadi tanpa dikurangi, ditambah atau direka cipta.
Menerusi buku biografi itu, anda juga boleh memberikan informasi kepada orang lain kisah hidup anda, cita-cita, perjuangan atau kejadian dan peristiwa penting yang terjadi dalam kehidupan!
Tidak ada apa yang rugi pun, anda sebagai seorang sudah berjaya, dikagumi dan dikenali ramai mengeluarkan sedikit kos dan mengupah penulis untuk menulis buku biografi anda.
Bagi memastikan buku biografi itu menepati fakta sebenar cerita anda, dapat memberikan impak dan kepuasan kepada anda, antara anda dan penulis upahan boleh bekerjasama menerusi perbincangan, persetujuan dan kata sepakat.
Apabila siap buku biografi berkenaan, jadikanlah ia antara buku koleksi peribadi paling mahal anda miliki kerana di dalamnya ‘tersimpan’ segala kisah pahit manis anda dalam membina jenama dan mencari rezeki.
Mana tahu, kelak buku biografi itu yang terus menjadi simpanan anda selama-lamanya, boleh diperturunkan dan akan menjadi khazanah untuk anak cucu pula!
Realisasikan Impian
Pun begitu, saya tahu ada juga beranggapan menulis biografi ini mudah dan tidak memerlukan khidmat penulis upahan.
Ini kerana adanya tanggapan, menulis adalah sesuatu yang senang. Sesiapa saja pun boleh menulis!
Lebih-lebih lagi ia adalah mengenai anda. Memang benar. Kerja menulis mudah.
Tambahan jika anda ada idea dan bakat serta diasah setiap hari, tentu sahaja tiada masalah hendak menulis.
Walau bagaimanapun, jika ada bakat hebat menulis sekali manapun, hasrat untuk menulis boleh jadi juga tidak akan menjadi kenyataan. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Kenapa?
Selain bakat dan ada idea, antara perkara lain perlu dipertimbangkan apabila hendak menulis adalah masa. Jika anda sering diburu masa saban hari, sudah pasti tumpuan atau fokus untuk menulis akan
hilang.
Realitinya, anda mungkin memang boleh menulis tetapi kesuntukan masa boleh menjadi penghalang besar untuk meneruskan hasrat itu, sekali gus membantutkan niat anda.
Walaupun tiada masa, anda mungkin masih berniat ingin meneruskan hasrat itu dengan jawapan; “Tak apalah sikit-sikit buat dulu, asalkan siap suatu hari nanti.” Barangkali itulah antara kata-kata naluri anda.
Persoalannya, suatu hari nanti itu sampai bila? Adakah anda mahu mengambil masa dua bulan, tiga tahun ataupun 10 tahun lagi?
Mungkin juga anda merancang untuk menyiapkan penulisaan itu apabila usia sudah meningkat tinggi?
Memang tidak salah tetapi bagi saya pada ketika itu mungkin juga sudah jauh terlewat dan anda sudah pun membuang banyak masa.
Oleh itu, saya sarankan cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan mengupah seorang penulis, sekali gus dapat merealisasikan impian anda itu.
Proses penerbitan
Bagi peluang pada diri anda mempunyai buku biografi sendiri. Ia juga umpama memberikan penghargaan kepada diri sendiri selepas sejak sekian lama anda bertungkus lumus membina kejayaan.
Jika bukan anda sendiri, siapakah lagi yang akan peduli untuk menghasilkan buku biografi anda?
Mengupah penulis upahan seperti saya untuk menulis pengkisahan hidup anda, boleh juga dianggap sebagai pelaburan masa depan anda dalam dunia perniagaan diceburi.
Ini kerana kredibiliti anda yang dipaparkan dalam buku biografi itu akan menjadi rujukan ramai orang, sekali gus anda terus mendapat kepercayaan.
Lebih menguntungkan, mengupah penulis upahan biasanya tidak membabitkan kos begitu tinggi, apatah lagi di luar kemampuan anda.
Anda juga tidak perlu risau mengenai fakta atau isi kandunga hasil buku biografi bakal diterbitkan itu salah atau tidak tepat. Ini kerana proses penerbitan semestinya dimulakan dengan perbincangan.
Malah, segala maklumat mengenai anda yang tidak ingin dikongsi juga adalah dirahsiakan demi privasi anda. Sebagai pelanggan, sudah semestinya saya akan menghormati permintaan anda.
Jika anda tidak ada masa untuk berbincang disebabkan kesibukan menguruskan perniagaan, usah bimbang.
Kecanggihan komunikasi hari ini tidak lagi membataskan anda untuk sentiasa berhubung dengan penulis upahan sepanjang proses penghasilan biografi itu.
Contohnya, melalui WhatsApp, Facebook Massenger dan emel, anda dan penulis boleh saling berhubung untuk berbincang mengenai pakej, kuantiti penulisan, gaya penulisan serta tajuk buku biografi itu.
Apabila penulisan siap sepenuhnya, sebagai empunya diri anda berhak membaca, melihat dan menyunting buku biografi itu sebelum ia menjadi realiti.
Selain itu, setiap khidmat penulisan artikel yang ditawarkan saya kepada anda akan menjadi hak anda dan saya tidak ada hak untuk mengulang siar kembali.
Jadi, tetapkan keputusan dan tidak perlu bertangguh lagi! Pastikan biografi anda dalam
genggaman!
No comments:
Post a Comment