Teks Nor Affizar Ibrahim
Khidmat terjemahan
Keperluan menterjemah daripada satu bahasa ke bahasa yang lain memberikan beberapa kelebihan dan sebab itulah khidmat kerja penterjemahan semakin diperlukan.
Apatah lagi, setiap bangsa memiliki kepakaran masing-masing sama ada dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran atau hal lain.
Dengan adanya perbezaan ini, masyarakat di Malaysia dapat berkongsi apa yang mereka miliki antara satu sama lain.
Justeru, amalan penterjemahan menjadi alat untuk masyarakat bertukar-tukar pendapat dan idea dalam meneroka ilmu pengetahuan yang luas.
Kerja penterjemahan juga satu aktiviti yang menghubungkan dua bangsa atau lebih dalam memahami antara satu sama lain.
Aktiviti ini tersebar hampir di setiap pelusuk dunia. Tambahan zaman sekarang adalah dunia tanpa sempadan yang menggunakan internet sebagai medium komunikasi. satu sama lain.
Definisi penterjemahan
Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain.
Proses terjemahan membabitkan dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa sasaran dan mempunyai hubungan rapat dengan pentafsiran dan penghuraian.
i. Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) terjemahan bermaksud;
proses penterjemahan adalah perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa sesuatu teks itu
ii. Menurut New Mark (1981);
penterjemahan ialah satu kesenian yang mengandungi usaha untuk menggantikan
mesej atau pertanyaan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej atau pertanyaan yang sama dalam bahasa lain
Yang pasti, tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber).
Untuk penterjemahan yang harmoni, penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan.
Kaedah itu akan merosakkan makna asal teks sasaran dan menyebabkan terjemahan itu tidak indah dibaca, sedangkan teks asalnya mungkin sangat sedap dan mudah dibaca.
·
Oleh, itu penterjemah hendaklah menggunakan bentuk bahasa yang biasa digunakan di dalam bahasa penerima untuk menggantikan bentuk bahasa asalnya.
·
Penterjemah mestilah mencipta semula kesan dan semangat keseluruhan teks asal.
Penting untuk seorang penterjemah mengetahui semangat dan tujuan pengarang asal. Kaedah yang terbaik adalah dengan menterjemah menggunakan gaya bahasa harian.
Kaedah ini amat sesuai terjemahan untuk pembacaan orang awam.
Prinsip penterjemahan
Penterjemahan adalah satu pekerjaan yang memerlukan kesungguhan. Sikap sambil lewa dan penterjemahan yang tidak bersungguh-sungguh akan menimbulkan kekeliruan pembaca.
Malah ia juga mungkin menimbulkan salah faham pembaca terhadap maksud pengarang teks sumber.
·
1. Tidak mengubah maksud pengarang teks asal.
Prinsip ini adalah jelas untuk penterjamah. Tetapi pada praktikalnya, penterjemah sebenarnya sukar untuk mengelakkan diri untuk mengubah maksud pengarang secara 100% kerana faktor perbezaan budaya dan bahasa.
Bagaimanapun, ini tidak bermaksud penterjemah diizinkan mengubah maksud pengarang teks asal dengan segaja.
·
2. Menghasilkan terjemahan yang mudah difahami pembaca.
Penterjemahan adalah sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca dengan pengarang asal dapat dicapai.
Penterjemahan adalah sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca dengan pengarang asal dapat dicapai.
·
3. Menghormati tatabahasa penerima.
Dalam proses menterjemahkan, tatabahasa bahasa penerima harus dihormati. Ini bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksakan ke dalam teks terjemahan.
Dalam proses menterjemahkan, tatabahasa bahasa penerima harus dihormati. Ini bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksakan ke dalam teks terjemahan.
·
4. Menterjemah makna Bahasa bukan menterjemah bentuk bahasa.
Dalam proses penterjemahan, makna harus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yang berbelit-belit dan sukar difahami.
Dalam proses penterjemahan, makna harus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yang berbelit-belit dan sukar difahami.
Matlamat penterjemahan
Tujuan utama penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan yang harmoni (teks sasaran) dan membawa makna yang sama dengan sesuatu karya asing (teks sumber).
Penterjemah lazimnya, akan berusaha untuk menghasilkan pemahaman yang sempurna berpandukan prinsip penterjemahan dan beretika dalam melakukan terjemahan.
Dalam keadaan tertentu, penterjemah akan melakukan penyesuaian semula dengan terperinci supaya pembaca faham akan idea yang terkandung di dalamnya.
Penterjemahan membabitkan tiga proses asas iaitu penafsiran, analisis teks bahasa sumber yang diikuti oleh prosedur terjemahan dan juga penulisan semula teks dalam hubungannya dengan tujuan penulis,
Antara syarat utama untuk menjadi penterjemah yang baik ialah mengetahui bahasa sumber.
Bahasa sumber ialah bahasa asal yang akan diterjemah ke dalam bahasa kedua. Pengetahuan dalam bahasa sumber mestilah mendalam.
Seseorang itu harus mengetahui selok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa itu supaya dia memahami makna terkandung dalam teks asal. Dengan itu, terjemahan dapat dibuat dengan tepat.
Kedua, mengetahui bahasa penerima.Bahasa penerima ialah bahasa yang akan
diterjemahkan daripada teks asal. Dengan kata lain, bahasa penerima ialah bahasa
kedua.
Ketiga, pengetahuan dalam bidang atau topik yang diterjemah. Untuk memastikan agar makna atau maklumat dalam teks asal dapat diterjemahkan dengan tepat ke dalam bahasa penerima, penterjemah wajar mengetahui bidang yang hendak diterjemah itu dengan mendalam.
Penguasaan bahasa yang baik tidak mencukupi untuk menjadi penterjemah yang baik, terutama dalam bidang profesional atau teknikal seperti undang-undang, sains, teknologi, falsafah dan karya kesusasteraan.
Keempat, mengetahui teori dan amalan terjemahan. Bidang penterjemahan telah
melahirkan teori dan kaedah ilmiahnya sendiri.
Oleh itu, penterjemah perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam teori dan amalan sebelum memulakan kerja penterjemahan.
Dengan pengalaman dimiliki dan pernah mengikuti kursus dan mempunyai sijll penterjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka, saya menawarkan khidmat terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
Khidmat terjemahan ditawarkan antaranya:
· terjemahan artikel
· terjemahan skrip
· terjemahan iklan
· terjemahan ucapan
· terjemahan kertas kerja
Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat penterjemahan saya bolehlah hubungi affizar@gmail.com
No comments:
Post a Comment