Balik kampung
Teks Nor Affizar Ibrahim
Bab 12
Lebih
kurang jam 5.45 petang, Radzi dan ketiga-tiga anaknya sampai ke kampung.
Perjalanan
lebih kurang dua setengah jam menuju ke arah selatan, berjalan lancar.
Jika
diikutkan, perjalanan itu sepatutnya hanya mengambil masa lebih kurang satu
setengah
jam.
Namun, di
pertengahan jalan ada berlaku kemalangan
yang membabitkan empat
kenderaan hingga menyebabkan berlaku kesesakan
sepanjang 500 kilometer
(km). Mujur, tidak ada berlaku kemalangan jiwa.
“Kalau tak
ada kemalangan tadi, dah lama kita sampai. Lenguh jugak duduk dalam
kereta
lama-lama.” Izhar bersungut sebaik saja
membuka pintu kereta.
Kelihatan Mak
Tijah dan Pak Ghazali, datuk serta nenek mereka
duduk di atas
tangga, menunggu
kepulangan Radzi anak beranak.
“Hahh…dah
sampai pun. Naik! Naik semua! Mesti penat. Panas pulak tu, lagilah
letihkan? Bawalah beg-beg itu sekali naik dan terus
letak dalam bilik. Kalau
korang haus,
nenek dah sediakan air minum atas meja tu. Minumlah, basahkan
tekak tu.
Lepas dah
rehat, bolehlah mandi dan terus solat Asar. Ni pun dah pukul 6.15 ni.
Elok terus
cepat-cepat solat.” Mak Tijah memberi arahan satu persatu kepada anak
dan
ketiga-tiga cucunya.
“Baiklah
nenek. Jap lagi Along terus masuk bilik air, mandi dan solat. Badan pun
terasa panas
dan berlikat ni. Dapat basahkan badan ni memang segar.” Balas
Ilham.
“Okey!
Kalau Along dah siap, lepas tu Ikhwan punya turn
pulak ya!” Ikhwan pula
menyahut
sambil sibuk mengangkat begnya masuk ke bilik.
“Emmm
mandilah. Tapi jangan berjam-jam pulak,
nanti jenuh pulak Angah
tunggu. Kalau Angah kena tunggu lama, memang Angah
gegar pintu bilik air itu
nanti.” Izhar seolah-olah memberi amaran kepada adik
bongsunya itu.
Radzi tak
cakap apa-apa, letih memandu masih terasa. Sebaik sampai dan naik ke
rumah
tadi, Radzi terus melabuhkan punggung ke sofa.
Mak Tijah
pula sudah pun ke dapur semula. Katanya, hendak masak nasi dan
hendak
sediakan makan malam.
Pak
Ghazali menyambung kerjanya membersihkan halaman rumah dan membakar
sampah-sampah
yang sudah dikumpulnya. Membiarkan
sampah-sampah itu
dimakan
api, Pak Ghazali naik ke rumah dan terus
duduk di sebelah Radzi yang
bersandar
sambil melegakan urat-urat lenguh.
“Eh lupa
pulak ayah nak tanya kamu Radzi. Mana Bibik tak bawa sekali ke? Tak
kan kau
biarkan dia sorang-sorang duduk di rumah tu. Tak takut ke Bibik tu lari
nanti?
“Bibik tak
ikut kami ayah. Dia pun tak ada kat rumah kami.
Ada kawan opis saya
kebetulan,
tak ada pembantu rumah sebab baru minggu lepas melarikan diri. Jadi,
saya
‘pinjamkan’ Bibik dua minggu untuk keluarga kawan saya itu. Bibik pun
setuju
bila kawan saya kata, nak bayar upah jika dia setuju bekerja kat
rumahnya
dalam dua minggu ini.
“Memanglah
Bibik nak, boleh dapat duit tambahan. Kalau ikutkan hati, memang
saya tak
nak Bibik bekerja di rumah kawan saya itu.
Tetapi kasihan pulak tengok
kawan saya
itu. Isterinya pulak sedang
pantang.
“Saya
tengok mereka kelam kabut. Dahlah tu, ada dua lagi anak kecil umur tiga
tahun dan
enam tahun. Memang tidak teruruslah
kawan saya itu. Harap Bibik
pandai-pandailah
bawa diri.
“Sejak Bibik duduk dengan saya, semua okey je. Kerja
pun bagus. Cuma masak tu
tidaklah
sedap sangat tapi masih boleh haraplah. Tapi tak kisahlah. Saya ambil
Bibik pun
sebab nak dia tolong tengok-tengok dan
temankan Ikhwan, masa saya
pergi
kerja.” Jelas Radzi kepada bapanya.
“Oooo
macam tu. Kalau macam tu tak apalah. Rezeki untuk Bibiklah. Yang
penting,
Bibik tu jujur. Hah kau ni, kalau dah
rehat cepatlah pergi mandi. Asar
pun dah
nak habis. Nanti maghrib, bolehlah kita
solat berjemaah. Sudah
ramai ini,
seronok jugak.
“Lepas
itu, kita makan malam sama-sama. Entah apalah emak kau tu masak. Dari
semalam
sibuk tak tentu arah aje. Macam-macam barang emak kau suruh ayah
beli. Hah!
Pagi tadi dah mula kalut buat macam-macam kerja. Macam nak buat
kenduri
galaknya. Padahal, kau anak beranak je nak makan, ” rungut Pak Ghazali
menceritakan
karenah Mak Tijah.
Tergelak
Radzi mendengar rungutan Pak Ghazali. Radzi tahu sangat perangai
ibunya
itu, memang akan selalu kalut nak masak macam-macam apabila dapat tahu
anak
cucunya nak balik.
“Budak-budak
bertiga tu apa kurangnya ayah. Masuk je dalam kereta sudah sibuk
bercerita
pasal masakan nenek mereka. Masing-masing berangan dan berharap, nak
makan
makanan kegemaran mereka,” kata Radzi sambil melunjurkan kakinya untuk merehatkan seketika lenguh memandu tadi.
*********************************************************************************************
Pagi itu cuaca cerah sahaja dan tidak terlalu panas. Deretan pokok-pokok yang ada
di sekitar
rumah itu meredupkan kawasan sekitar.
Radzi sudah
bersiap-siap hendak bertolak manakala ketiga-tiga anaknya
mengekorinya
dari belakang. Ringkas sahaja Radzi bepakaian
tetapi
tetap
tampak segak.
Dalam
usianya yang sudah mencapai 46 tahun, Radzi masih dapat mengekalkan
gaya
penampilan dan ketampanannya.
Apatah
lagi, dia sememangnya sentiasa memilih
bergaya kemas terutama apabila melangkah keluar rumah.
Untuk
perjalanan dua minggu itu, Radzi hanya
bawa dua beg. Satu beg beroda
besar dan
satu beg kecil.
“Radzi, dua
minggu kat sana janganlah tidak telefon. Mak ni risau jugak walaupun
kau tu dah
jadi bapak budak. Manalah tahu…tempat orang, jauh pulak tu. Macam-
macam
boleh jadi.”
Mak Tijah
berpesan kepada Radzi sebelum berangkat pergi.
Semuanya
sudah siap. Sekejap lagi, Radzi akan bertolak ke Dubai dan kawan
sepejabatnya
akan menghantarkanya ke lapangan terbang KLIA.
Radzi
sengaja tidak mahu ibu bapa dan ketiga-tiga anaknya menghantarnya ke
lapangan
terbang di KLIA kerana memikirkan tentu sukar mereka hendak berpatah
balik ke
kampung pula.
Lagipun,
Pak Ghazali tidak boleh lagi memandu
jauh.
Anak
sulungnya, Ilham walaupun boleh memandu tapi belum dan sememangnya
tidak layak lagi memiliki lesen memandu. Oleh sebab
itulah dia meminta ihsan
kawan
sepejabat menghantarnya.
“Ala…awak
ni Mak Tijah sudahlah tu. Bukankah malam tadi awak sudah pesan
macam-macam.
Pagi ni, Radzi sudah hendak bertolak pun bagi ceramah lagi.
Agak-agaknyalah
kalau saya yang pergi tentu awak tidak
tidur semalaman
memberikan
nasihat,” Pak Ghazali mengusik isterinya yang tidak habis-habis
memberikan
macam-macam nasihat kepada anaknya
Ilham,
Izhar dan Ikhwan hanya tersenyum melihat telatah datuk dan nenek mereka.
Ketiga-tiganya
tahu benar, begitulah perangai datuk dan nenek mereka.
Kadang-kadang,
apabila tidak sependapat mulalah bertekak tetapi selalunya tidak
lama,
sekejap saja.
Kemudian
berbaik-baik semula, malah Pak Ghazali dan Mak Tijah, sentiasa menunjukkan
sikap perasaan kasih sayang antara satu sama lain meskipun selalu tidak
sependapat.
Pak
Ghazali dan Mak Tijah juga sentiasa mengambil berat ketiga-tiga cucunya. Justeru,
tidak hairanlah apabila isteri Radzi meninggal dunia, Pak Ghazali dan Mak Tijah sentiasa mengambil tahu perkembangan
Ilham, Izhar dan Ikhwan meskipun dari
jauh.
Tetapi
sesekali jika ada kelapangan dan memerlukan kehadiran mereka, Mak Tijah dan Pak
Ghazali tidak teragak-agak turun ke
Bangi. Lagipun, Razdi adalah satu-satu
anak mereka.
Mereka
sebenarnya dikurniakan dua anak lelaki tetapi abang Radzi, meninggal dunia ketika usianya lima tahun aikbat demam panas.
Sejak itu,
tinggallah Radzi menjadi anak tunggal
Mak Tijah dan Pak Ghazali.
“Okey
anak-anak Ayah, dah sampai masanya ayah nak berangkat. Dengar ni, ayah nak kamu semua dengar nasihat Atuk dan Nenek. Kamu semua kena tolong Atuk
dan Nenek apa yang patut tau. Jangan
biarkan semua kerja Atuk dan Nenek je yang buat. Janji tau! Ilham tolong tengok-tengokkan adik.
“Mak,
ayah, Radzi nak pergi ni. Oh ya, ayah jangan lupa ya nanti, apa yang saya minta
tolong hari tu. Saya serahkan semua hal itu pada mak dan ayah. Saya yakin, emak
dan ayah boleh bantu saya dalam hal ini.”
“Ohhhh…tentang
hal itu, kau tak perlulah risau Radzi. Pandailah kami nak terangkan dan bagi
mereka semua faham. Kau tu jaga diri elok-elok kat tempat orang.” Pantas saja
Pak Ghazali membalas kata-kata Radzi.
“Hal apa
ayah. Ada benda tak selesai lagi ke,” tanya Izhar tiba-tiba.
“Eissh
Angah ni, orang tua bercakap janganlah menyampuk,” Ilham menegur adiknya.
“Ahalah
Angah ni. Janganlah menyampuk.” Ikhwan turut bersetuju dengan Ilham.
Izhar
tidak membalas, sebaliknya hanya mencebikkan bibir.
“Dah sudah
tu. Tak ada apa-apa yang perlu dibising-bisingkan. Ayah tu kan nak berjalan
jauh. Elok kita sama-sama doakan, ayah kamu selamat pergi dan baik serta
dipermudahkan segala urusan.”
Pak
Ghazali memberi nasihat sambil cuba meredakan suasana tegang antara ketiga-tiga
beradik itu.
Sementara
itu, rakan sepejabat Radzi sudahpun bersedia membawanya ke KLIA.
Rakannya
itu kemudian membantu Radzi memasukkan beg ke dalam bonet kereta,
Selepas
bersalaman dengan ibu, ayah dan ketiga-tiga anaknya, Radzi dan rakannya
masuk ke
dalam kereta.
Kereta
yang dipandu rakan Radzi itu kemudian perlahan-lahan meninggalkan halaman rumah
itu sambil masing-masing berbalas lambaian.