Teks Nor Affizar Ibrahim
Belanjalah berhemah
Terasa masa cepat sangat berlalu.
Ketika
ini, mungkin ada yang sudahpun membuat persiapan untuk menyambut lebaran,
khususnya bagi yang mempunyai anak kecil. Malah, ada yang sudah pun membuat
persiapan lebih awal lagi iaitu sebelum puasa bermula.
Maklum,
jika ada anak kecil dan ramai pula tentu sahaja banyak persiapan perlu
disiapkan. Justeru, ada yang mengambil langkah membuat persiapan awal untuk
memastikan bajet mencukupi dan tidak tersasar.
Namun, ada
juga yang suka membuat persiapan menyambut Aidilfitri di saat-saat akhir.
Antara sebabnya kerana tiada masa untuk pergi membeli-belah kerana sibuk dengan
urusan kerja.
Ada juga
yang membuat keputusan untuk membuat persiapan di saat akhir kerana
beranggapan, harga barangan ditawarkan lebih murah dari biasa.
Tidak
kiralah, sama ada anda membuat persiapan awal atau pun di saat-saat akhir
hingga ‘terkucil’ dibuatnya, harap semuanya berjalan lancar.
Paling
penting, jangan mudah terpengaruh dengan jualan murah yang tidak logik masuk
akal sehingga akhirnya terpedaya dan mengalami kerugian.
Selain
itu, pastikanlah bajet untuk berbelanja membuat persiapan Aidifitri sesuai
dengan sumber kewangan sendiri.
Jangan
main ‘belasah’ beli apa sahaja yang dikehendaki, sebaliknya tengok-tengoklah
kocek dan dompet anda.
Kita tidak
mahulah lepas balik bercuti hari raya ini, ada yang terkebil-kebil dan
memikirkan cara macam mana hendak cari duit yang sudahpun habis dibelanjakan dek
kerana membuat persiapan hari raya.
Ingat!
Jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah.