Oleh Nor Affizar Ibrahim
Alamak! Ramainya enam orang sekali
“Enam
orang serentak? Aduh! Ramainya nak interview. Background mereka itu
bukan calang-calang.”
Itu
antara reaksi saya apabila ditugaskan untuk menemubual enam pegawai kanan polis
serentak pada tarikh, masa dan lokasi
yang sama dalam satu temujanji.
Sudah
terbayang, cerita mereka pasti menarik kalau dapat temubual one to one. Tetapi
arahannya, semua cerita pegawai polis terbabit perlu dimuatkan untuk dua muka
surat sahaja.
Dalam
hati terus berkata-kata –“ Macam mana nak buat artikel ini?” Takkan nak cerita
ringkas aje. Macam tak best!
Apatah
lagi, keenam-enam pegawai polis wanita berkenaan pernah mencipta sejarah tersendiri dalam kerjaya dan dalam dunia
kepolisan apabila masing-masing menjadi antara wanita pertama di negara ini
yang memegang beberapa jawatan penting dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebenarnya,
apabila berpeluang bertemu dan menemubual dengan individu hebat, seumpama itu, saya tahu ada
banyak sudut cerita yang boleh dikarang.
Malah,
saya sendiri memang seronok untuk mencungkil kisah serta pengalaman mereka.
Namun, dengan ruang surat khabar terbatas, tidak mungkin boleh menulis artikel
mengikut apa yang saya mahukan.
Jadi,
mahu tidak mahu saya ikut sahaja arahan. Walaupun dalam hati saya sedikit ralat
apabila ditugaskan menemubual serentak enam pegawai polis wanita hebat di
negara ini.
Temubual
itu dibuat di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.
Enam
pegawai yang saya temubual pada hari itu ialah;
i.
Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, DCP Datuk Nooryah Md
Anvar
- Wanita pertama di negara ini yang memegang jawatan sebagai Ketua Trafik Pasukan, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik
ii. DCP Datuk Zubaidah Md Ismail
-
Wanita pertama memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Logistik
dalam PDRM
iii.
Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC 1, Datuk Zaleha Abd Rahman
Wanita
pertama yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri, Kontinjen
Melaka.
iv.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, IPK Selangor, ACP Chong Mun Phing
-
Wanita pertama yang diberi kepercayaan memegang jawatan berkenaan.
vi.
Ketua Penolong Pengarah (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, ACP Suguram Bibi Munshi
Deen
-
Wanita pertama menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah (D11) Siasatan Seksual/Kanak-Kanak
Jabatan Siasatan Jenayah
vii
Penolong Pengarah Perundangan/Pendakwaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, ACP
S Sasikala Devi
-
Wanita pertama yang memegang jawatan yang disandangnya ketika itu.
Sebelum
pergi, saya membayangkan hendak masuk ke ibu pejabat itu tentunya akan
mengambil masa untuk pemeriksaan keselamatan.
Di
samping itu, di sana tentu saya akan bertembung ramai dengan pegawai polis
berpangkat dan anggota polis lain yang segak serta kemas berpakaian seragam.
Yang
pastinya, segala-galanya akan formal dan
ia sesuatu yang mungkin tidak selesa bagi saya sebagai orang awam.
Namun,
hendak buat macam mana. Temubual itu sudahpun diaturkan oleh sebuah agensi
perhubungan awam.
Tugas
saya ialah menemubual kesemua pegawai polis wanita itu, tidak kiralah apa
sekali jawatan yang mereka sandang.
Bagaimanapun,
itu bukanlah kali pertama saya menjejakkan kaki ke ibu pejabat PDRM di Bukit
Aman. Cuma senario kali ini agak berbeza.
Memang!
Saya berdebar dengan tugasan ini.
Pertama,
saya akan berdepan dengan pegawai kanan polis wanita yang pastinya banyak
cerita, pengetahuan dan pengalaman yang masing-masing ada.
Jadi,
saya perlu bersedia atau ‘berpura-pura’ bijak dan tahu dengan apa sahaja topik
yang diperkatakan.
Kedua,
saya tidak boleh membayangkan bagaimana hendak ‘mengawal’ sesi temubual itu
kerana pastinya enam pasang mata akan menumpukan sepenuh perhatian kepada saya
apabila mengemukakan soalan nanti.
Apabila
enam pasang mata memandang kepada saya, sedikit sebanyak tentu berasa tidak
selesa. Oleh itu, saya perlu pandai ‘berlakon’ berbuat seperti biasa dengan
situasi dihadapi.
Ketiga,
oleh kerana diberitahu waktu yang singkat mengenai temubual itu, saya
sememangnya tidak ada banyak masa untuk menyelidik latar belakang mereka satu persatu.
Saya
bimbang, dengan tiada persiapan itu boleh membuatkan saya hilang fokus untuk
menemubual mereka. Dalam apa keadaan, saya perlu tampak ‘bijak’ barulah
individu yang ditemuduga seronok berkongsi cerita.
Dalam
saya berkira-kira dengan pelbagai persoalan, saya akhirnya berada di dalam
bilik yang disediakan untuk sesi temubual keenam-enam pegawai polis wanita
berkenaan.
Kami
saling berjabat tangan apabila sesi perkenalan diri menjadi pembuka acara pada
tengahari itu.
Pada
awal bicara, memang kurang rancak kami berbual dan saya sendiri berasa kekok
untuk menemubual mereka.
Maklum,
enam orang yang perlu ditemubual tentu tersasul-sasul menyebut nama mereka.
Gelaran pula berbeza-beza sebab itulah perlu berhati-hati, bimbang tersilap
menyebutnya.
Malah,
situasi temubual pada awalanya juga begitu formal.
Bagaimanapun,
selepas hampir 20 minit bersama,
temubual berlangsung antara kami semakin rancak.
Masing-masing
ingin bercerita dan berkongsi pandangan serta pendapat. Seperti yang saya jangka, memang menarik
cerita masing-masing.
Tetapi
sayang, tidak banyak yang dikongsikan dalam artikel saya.
Paling
saya kagum, keenam-enam mereka begitu dedikasi dalam tugas mereka sebagai
anggota polis.
Perwatakan
mereka memang nampak tegas, ditambah lagi dengan pakaian seragam polis yang
disarungkan tentu sahaja terserlah kredibiliti masing-masing.
Yang
pasti, keenam-enam mereka mempunyai cerita tersendiri.
Antara
soalan yang saya tanya dan tidak dilupakan ialah mengenai syarat utama untuk menjadi anggota polis
wanita, perlukah mempunyai fizikal ciri
ala kelelakian yang mengikiskan sifat
kewanitaan sedia ada.
Keenam-enam
mereka ketawa menyambut soalan yang saya ajukan.
Antara
jawapan dilontarkan, DCP Datuk Nooryah Anvar, katanya mana mungkin ciri-ciri
kewanitaan dan feminin itu dibiarkan hilang sama sekali.
Katanya,
untuk menjadi anggota polis berwibawa, sifat memikat perlu ada dan ia boleh
dianggap satu `aset' yang dapat membantu ketika menjalankan tugas atau amanah
diberikan.
Mendengar
jawapan itu, dalam hati saya berkata-kata, benar juga kata beliau.
Cerita dan pengalaman SAC I Datuk Zaleha Abd Rahman mengendalikan mayat reput turut menyebabkan terus terngiang-ngiang mendengarnya sehingga keesokan harinya,
Cerita dan pengalaman SAC I Datuk Zaleha Abd Rahman mengendalikan mayat reput turut menyebabkan terus terngiang-ngiang mendengarnya sehingga keesokan harinya,
Katanya, beliau pernah mengendalikan kes mayat yang dijumpai di sungai. Apabila diangkat saja mayat itu anggota tubuhnya tanggal satu persatu.
"Hendak ikutkan memanglah ngeri, tetapi apabila tugas selesai, semuanya berjalan seperti biasa," ceritanya dengan wajah selamba.
Saya tidak tahu, adakah saya sekental beliau apabila berdepan dengan situasi seperti itu. Rasa-rasanya, berhari-hari juga tidak tidur lena!
Pada
masa sama, saya akui, keenam-enam wanita berjiwa kental itu mempunyai ‘kecantikan’ tersendiri.
Saya
juga kagum, walaupun ada di antara mereka sudah melewati usia lima abad, tenaga
fizikal mereka cukup mantap.
Tanpa
saya sedari masa berlalu dengan pantas. Selesai temubual, sesi bergambar pun
bermula.
Semua
cukup sporting untuk memberikan pose yang terbaik, sekali gus memudahkan
jurugambar untuk merakamkan gambar.
Maklum,
saya dan jurugambar juga kurang selesa memberi ‘arahan’ kepada individu
berjawatan tinggi.
Melihat
jam rupa-rupanya sudah melewati jam 5 petang. Selesai tugasan, saya mohon
berangkat pulang.
Tanpa
disangka, DCP Datuk Zubaidah menawarkan saya menumpang keretanya. Katanya,”
Jauh awak nak jalan kaki ke bawah tu. Tak pe, awak naik kereta bersama saya.”
Bagai
pucuk dicita ulam mendatang, saya terima tawaran itu sebabnya memang berpeluh sakan
kalau berjalan ke bawah.
Jadi,
itulah kali pertama dalam seumur hidup saya menarik kereta polis dan menaiki
bersama dengan pegawai kanan anggota polis.
Yang
buat saya berasa bangga, ketika kereta itu melewati pintu pagar, beberapa anggota
polis berkawal di situ memberikan tabik hormat. Meskipun, tabik hormat itu
bukan untuk saya tetapi tempiasnya tetap dirasakan.
Dalam
hati saya berkata, “Memang hebatlah wanita ini. Lelaki pun bagi tabik hormat
dan respek.”