Teks Nor Affizar Ibrahim
Tips penulisan membuat anda lebih baik
Anda ingin menjadi penulis? Ya, sememangnya ramai
yang ingin menjadi penulis. Ramai melihat menulis sesuatu yang
menyeronokkan.
Ya benar, menulis memang sesuatu yang memberikan
kepuasan. Lebih-lebih lagi, jika anda benar-benar suka menulis.
Dengan menulis, anda dapat meluahkan apa yang
dirasakan, dapat berkongsi ilmu, memperkatakan apa yang ingin diceritakan dan
pelbagai lagi.
Namun, jika anda ingin menjadi seorang penulis yang
lebih baik, persiapkalah diri.
Anda juga perlu tahun, untuk menjadi atau bergelar
seorang penulis, ia tidak akan berlaku dalam sehari atau pun seminggu dan bukan
hanya kerana anda mahu.
Anda perlu berlatih dan terus berlatih serta
berusaha ke arah itu.
Bagaimanapun, sebelum melangkah lebih jauh menjadi
penulis, sematkan dalam hati bahawa setiap langkah itu bermula pada diri anda
sendiri.
Anda harus mempercayai bahawa anda boleh menjadi
seorang penulis.
Seorang penulis adalah seorang penulis ketika dia
mengatakan dia.
mengatakan dia.
-Steven Pressfield
Hakikatnya, sesiapa yang menulis adalah seorang
penulis. Tetapi itu tidak bermakna mereka adalah penulis yang baik.
Untuk menjadi penulis yang baik, anda tidak boleh
redah begitu sahaja, sebaliknya perlu bermula dengan asas.
7 perkara asas yang
perlu anda tahu sebelum menjadi penulis;
* Penulisan
itu mudah, tetapi tidak mudah jika anda sendiri tidak yakin pada diri sendiri.
* Sebelum
anda mendapat khalayak lebih besar atau peminat ramai, anda perlu menjadi lebih
baik.
* Amalan
baik membuatkan anda lebih baik; apabila kerap buat dan sering diulang maka
kerja penulisan akan menjadi mudah.
* Tulis
untuk perkara sebenar dan bukan mengelirukan atau sekadar ingin mendapat nama.
* Anda
tidak boleh berlatih tanpa disiplin. Perlulah ada kesungguhan dan kesanggupan.
* Ingatlah,
menulis akan selalu ada rintangan; teruskanlah langkah jika anda benar-benar
ingin jadi penulis.
* Anda perlu ada alasan kenapa anda menulis, kemudian
buatlah kerja dan terus
menulis.
No comments:
Post a Comment