Thursday, October 3, 2019
Wednesday, September 25, 2019
Alamak! Ramainya enam orang sekali
Oleh Nor Affizar Ibrahim
Alamak! Ramainya enam orang sekali
“Enam
orang serentak? Aduh! Ramainya nak interview. Background mereka itu
bukan calang-calang.”
Itu
antara reaksi saya apabila ditugaskan untuk menemubual enam pegawai kanan polis
serentak pada tarikh, masa dan lokasi
yang sama dalam satu temujanji.
Sudah
terbayang, cerita mereka pasti menarik kalau dapat temubual one to one. Tetapi
arahannya, semua cerita pegawai polis terbabit perlu dimuatkan untuk dua muka
surat sahaja.
Dalam
hati terus berkata-kata –“ Macam mana nak buat artikel ini?” Takkan nak cerita
ringkas aje. Macam tak best!
Apatah
lagi, keenam-enam pegawai polis wanita berkenaan pernah mencipta sejarah tersendiri dalam kerjaya dan dalam dunia
kepolisan apabila masing-masing menjadi antara wanita pertama di negara ini
yang memegang beberapa jawatan penting dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebenarnya,
apabila berpeluang bertemu dan menemubual dengan individu hebat, seumpama itu, saya tahu ada
banyak sudut cerita yang boleh dikarang.
Malah,
saya sendiri memang seronok untuk mencungkil kisah serta pengalaman mereka.
Namun, dengan ruang surat khabar terbatas, tidak mungkin boleh menulis artikel
mengikut apa yang saya mahukan.
Jadi,
mahu tidak mahu saya ikut sahaja arahan. Walaupun dalam hati saya sedikit ralat
apabila ditugaskan menemubual serentak enam pegawai polis wanita hebat di
negara ini.
Temubual
itu dibuat di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.
Enam
pegawai yang saya temubual pada hari itu ialah;
i.
Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, DCP Datuk Nooryah Md
Anvar
- Wanita pertama di negara ini yang memegang jawatan sebagai Ketua Trafik Pasukan, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik
ii. DCP Datuk Zubaidah Md Ismail
-
Wanita pertama memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Logistik
dalam PDRM
iii.
Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC 1, Datuk Zaleha Abd Rahman
Wanita
pertama yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri, Kontinjen
Melaka.
iv.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, IPK Selangor, ACP Chong Mun Phing
-
Wanita pertama yang diberi kepercayaan memegang jawatan berkenaan.
vi.
Ketua Penolong Pengarah (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, ACP Suguram Bibi Munshi
Deen
-
Wanita pertama menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah (D11) Siasatan Seksual/Kanak-Kanak
Jabatan Siasatan Jenayah
vii
Penolong Pengarah Perundangan/Pendakwaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, ACP
S Sasikala Devi
-
Wanita pertama yang memegang jawatan yang disandangnya ketika itu.
Sebelum
pergi, saya membayangkan hendak masuk ke ibu pejabat itu tentunya akan
mengambil masa untuk pemeriksaan keselamatan.
Di
samping itu, di sana tentu saya akan bertembung ramai dengan pegawai polis
berpangkat dan anggota polis lain yang segak serta kemas berpakaian seragam.
Yang
pastinya, segala-galanya akan formal dan
ia sesuatu yang mungkin tidak selesa bagi saya sebagai orang awam.
Namun,
hendak buat macam mana. Temubual itu sudahpun diaturkan oleh sebuah agensi
perhubungan awam.
Tugas
saya ialah menemubual kesemua pegawai polis wanita itu, tidak kiralah apa
sekali jawatan yang mereka sandang.
Bagaimanapun,
itu bukanlah kali pertama saya menjejakkan kaki ke ibu pejabat PDRM di Bukit
Aman. Cuma senario kali ini agak berbeza.
Memang!
Saya berdebar dengan tugasan ini.
Pertama,
saya akan berdepan dengan pegawai kanan polis wanita yang pastinya banyak
cerita, pengetahuan dan pengalaman yang masing-masing ada.
Jadi,
saya perlu bersedia atau ‘berpura-pura’ bijak dan tahu dengan apa sahaja topik
yang diperkatakan.
Kedua,
saya tidak boleh membayangkan bagaimana hendak ‘mengawal’ sesi temubual itu
kerana pastinya enam pasang mata akan menumpukan sepenuh perhatian kepada saya
apabila mengemukakan soalan nanti.
Apabila
enam pasang mata memandang kepada saya, sedikit sebanyak tentu berasa tidak
selesa. Oleh itu, saya perlu pandai ‘berlakon’ berbuat seperti biasa dengan
situasi dihadapi.
Ketiga,
oleh kerana diberitahu waktu yang singkat mengenai temubual itu, saya
sememangnya tidak ada banyak masa untuk menyelidik latar belakang mereka satu persatu.
Saya
bimbang, dengan tiada persiapan itu boleh membuatkan saya hilang fokus untuk
menemubual mereka. Dalam apa keadaan, saya perlu tampak ‘bijak’ barulah
individu yang ditemuduga seronok berkongsi cerita.
Dalam
saya berkira-kira dengan pelbagai persoalan, saya akhirnya berada di dalam
bilik yang disediakan untuk sesi temubual keenam-enam pegawai polis wanita
berkenaan.
Kami
saling berjabat tangan apabila sesi perkenalan diri menjadi pembuka acara pada
tengahari itu.
Pada
awal bicara, memang kurang rancak kami berbual dan saya sendiri berasa kekok
untuk menemubual mereka.
Maklum,
enam orang yang perlu ditemubual tentu tersasul-sasul menyebut nama mereka.
Gelaran pula berbeza-beza sebab itulah perlu berhati-hati, bimbang tersilap
menyebutnya.
Malah,
situasi temubual pada awalanya juga begitu formal.
Bagaimanapun,
selepas hampir 20 minit bersama,
temubual berlangsung antara kami semakin rancak.
Masing-masing
ingin bercerita dan berkongsi pandangan serta pendapat. Seperti yang saya jangka, memang menarik
cerita masing-masing.
Tetapi
sayang, tidak banyak yang dikongsikan dalam artikel saya.
Paling
saya kagum, keenam-enam mereka begitu dedikasi dalam tugas mereka sebagai
anggota polis.
Perwatakan
mereka memang nampak tegas, ditambah lagi dengan pakaian seragam polis yang
disarungkan tentu sahaja terserlah kredibiliti masing-masing.
Yang
pasti, keenam-enam mereka mempunyai cerita tersendiri.
Antara
soalan yang saya tanya dan tidak dilupakan ialah mengenai syarat utama untuk menjadi anggota polis
wanita, perlukah mempunyai fizikal ciri
ala kelelakian yang mengikiskan sifat
kewanitaan sedia ada.
Keenam-enam
mereka ketawa menyambut soalan yang saya ajukan.
Antara
jawapan dilontarkan, DCP Datuk Nooryah Anvar, katanya mana mungkin ciri-ciri
kewanitaan dan feminin itu dibiarkan hilang sama sekali.
Katanya,
untuk menjadi anggota polis berwibawa, sifat memikat perlu ada dan ia boleh
dianggap satu `aset' yang dapat membantu ketika menjalankan tugas atau amanah
diberikan.
Mendengar
jawapan itu, dalam hati saya berkata-kata, benar juga kata beliau.
Cerita dan pengalaman SAC I Datuk Zaleha Abd Rahman mengendalikan mayat reput turut menyebabkan terus terngiang-ngiang mendengarnya sehingga keesokan harinya,
Cerita dan pengalaman SAC I Datuk Zaleha Abd Rahman mengendalikan mayat reput turut menyebabkan terus terngiang-ngiang mendengarnya sehingga keesokan harinya,
Katanya, beliau pernah mengendalikan kes mayat yang dijumpai di sungai. Apabila diangkat saja mayat itu anggota tubuhnya tanggal satu persatu.
"Hendak ikutkan memanglah ngeri, tetapi apabila tugas selesai, semuanya berjalan seperti biasa," ceritanya dengan wajah selamba.
Saya tidak tahu, adakah saya sekental beliau apabila berdepan dengan situasi seperti itu. Rasa-rasanya, berhari-hari juga tidak tidur lena!
Pada
masa sama, saya akui, keenam-enam wanita berjiwa kental itu mempunyai ‘kecantikan’ tersendiri.
Saya
juga kagum, walaupun ada di antara mereka sudah melewati usia lima abad, tenaga
fizikal mereka cukup mantap.
Tanpa
saya sedari masa berlalu dengan pantas. Selesai temubual, sesi bergambar pun
bermula.
Semua
cukup sporting untuk memberikan pose yang terbaik, sekali gus memudahkan
jurugambar untuk merakamkan gambar.
Maklum,
saya dan jurugambar juga kurang selesa memberi ‘arahan’ kepada individu
berjawatan tinggi.
Melihat
jam rupa-rupanya sudah melewati jam 5 petang. Selesai tugasan, saya mohon
berangkat pulang.
Tanpa
disangka, DCP Datuk Zubaidah menawarkan saya menumpang keretanya. Katanya,”
Jauh awak nak jalan kaki ke bawah tu. Tak pe, awak naik kereta bersama saya.”
Bagai
pucuk dicita ulam mendatang, saya terima tawaran itu sebabnya memang berpeluh sakan
kalau berjalan ke bawah.
Jadi,
itulah kali pertama dalam seumur hidup saya menarik kereta polis dan menaiki
bersama dengan pegawai kanan anggota polis.
Yang
buat saya berasa bangga, ketika kereta itu melewati pintu pagar, beberapa anggota
polis berkawal di situ memberikan tabik hormat. Meskipun, tabik hormat itu
bukan untuk saya tetapi tempiasnya tetap dirasakan.
Dalam
hati saya berkata, “Memang hebatlah wanita ini. Lelaki pun bagi tabik hormat
dan respek.”
Friday, August 16, 2019
Kek batik
Teks Nor Affizar Ibrahim
Kek Batik
Bahan-bahan:
1 paket biskut Marrie 350 gm
1 buku mentega 250gm
1 ¾ cawan gula
10 biji telur
15 sudu besar Milo
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil vanilla
4 sudu besar oren Sunquick
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masuk telur satu persatu.
3. Masukkan Milo dan serbuk koko.
4. Masukan oren Sunquick dan vanilla.
5. Panaskan bancuhan di atas api sederhana dan kacau sehingga
masak (lebih kurang 20-25 minit).
6. Masukkan biskut Marrie yang sudah dipatah-patahkan dalam
bancuhan dan gaul sehingga rata.
7. Apabila sudah rata cepat-cepat masukkan dalam bekas yang
sudah disalut mentega dan tepekkan menjadi rata.
8. Biarkan sejuk dan siap.Thursday, August 15, 2019
Rehatlah Nora Anne
Oleh Nor Affizar Ibrahim
Rehatlah Nora Anne
Pencarian
10 hari remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang
, dilaporkan hilang ketika menginap di resort The
Dusun, Pantai, di Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya membawa khabar duka apabila mayatnya ditemui kira-kira dua kilometer dari resort berkenaan.
Berita sedih itu pastinya bukan sahaja dirasakan oleh
keluarganya tetapi ramai pihak, khususnya yang mengikuti perkembangan kes
kehilangan remaja itu sejak hari pertama
kejadian.
Sebaik sahaja berita kehilangan remaja yang mengalami masalah holoprosencephaly
atau lembam itu tersebar, ramai berdoa dan berharap, dia dapat cepat ditemui semula dan selamat kembali ke pangkuan
keluarganya.
Sepanjang pencarian Nora Anne, doa dan sokongan
orang ramai sentiasa mengiringi keluarga malang itu.
Malah, kes kehilangan Nora Anne bukan
sahaja diikuti masyarakat tempatan, tetapi juga seluruh dunia.
Benarlah kata keluarga
itu, Nora Anne berjaya menyatukan semua
pihak terutama Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia dalam misi mencarinya
secara bersama.
Kenyataan itu yang dikeluarkan di Facebook Lucie Blackman Trust,
sebuah perbadanan amal yang menguruskan hal ehwal berkaitan media untuk keluarga
mangsa menyatakan, Nora Anne menyentuh hati bukan saja rakyat Malaysia tetapi juga
seluruh dunia.
Selain
itu, ahli keluarga turut menyifatkan Nora sebagai gadis yang istimewa dan seorang yang menyeronokkan, lucu
serta sangat penyayang.
Kata keluarganya, remaja berusia 15 tahun itu tidak
seperti remaja lain dan tidak akan ke mana-mana bersendirian.
Nora Anne menghidap ‘Holoprosencephaly’ sejak lahir iaitu mengalami masalah mempunyai saiz otak yang lebih kecil berbanding individu lain.
Lebih kasihan, sepanjang hayatnya, Nora Anne banyak meluangkan masa di hospital. Ketika lahir, dia memerlukan pembedahan untuk membantunya bernafas.
Beberapa pakar kesihatan memantau tumbesarannya, kebolehan fizikal, kekuatan terutama keupayaan mentalnya.
Nora memerlukan pemantauan pakar pendidikan yang khusus dan ditempatkan di sekolah untuk kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah berkomunikasi serta pembelajaran.
Kenyataan itu turut menyebut, Nora Anne turut berbangga kerana dapat bertutur dalam Bahasa Perancis dan Inggeris. Namun, kebolehannya untuk berkomunikasi secara lisan adalah terhad.
Nora Anne membaca seperti kanak-kanak dan dia boleh menulis dengan banyak. Dia mempunyai daya ingatan yang baik tetapi tidak memahami apa-apa secara konseptual.
Dia juga tidak memahami matematik dan tidak pandai menggunakan wang, selain membuat atau menjawab panggilan telefon.
Walaupun begitu, Nora Anne mampu mandi dan memakai pakaiannya sendiri. Cuma dia menghadapi kesukaran untuk memasang butang dan membasuh rambutnya.
Sebelum ini, dia pernah ke Asia serta Eropah dan tidak pernah terpisah dengan keluarga atau tersesat.
Nora
Anne juga sangat sensitif, malah pemalu dan akan resah terhadap orang luar.
Setiap malam,
dia akan meluangkan masa bersama ibunya sebelum tidur.
Nora Anne
dikatakan, sangat teruja untuk bercuti di Malaysia bersama keluarganya.
Itu antara perwatakan dan ciri-ciri yang dimikili Nora Anne yang dikongsikan oleh keluarganya.
Betapa, dia begitu disayangi dan diberikan perhatian sepenuhnya
oleh keluarga. Justeru, kehilangannya pasti sesuatu yang merisaukan dan
membuatkan keluarga menjadi tidak keruan.
Namun, akhirnya jawapan kehilangan Nora Anne
ditemui dan takdir Tuhan mengatasi segala-galanya
apabila mayat remaja itu ditemui pada hari ke-10 pencariannya.
Mayatnya dijumpai jam 1.57 tengahari dan disahkan
oleh polis, selepas keluarganya membuat pengecaman.
Mayat remaja itu ditemui oleh
pendaki yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dimulakan,selepas
menerima laporan kehilangannya pada 4 Ogos lalu.
Dengan
penemuan mayat itu secara tidak langsung, kes kehilangan sudah pun menemui
titik noktah.
Mesikpun, mayat Nora Anne ditemui dalam keadaan sempurna dan baik, terdapat beberapa persoalan yang menyelubungi benak fikiran semua pihak.
Sehinggakan pelbagai spekulasi timbul dan meresahkan orang ramai.
Bagaimanapun, semua jawapan terlerai apabila hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat Nora Anne, mendapati punca kematian disebabkan kebocoran usus akibat tidak makan dalam tempoh panjang dan stres berpanjangan.
Hasil bedah siasat oleh pakar patologi yang memakan masa 10 jam
turut mendapati remaja warga Ireland itu mati dalam masa dua ke tiga hari
sebelum ditemui.
Tiada luka lain atau kesan jenayah pada mayat Nora Anne selain
calar kecil pada kaki serta tiada kesan dirogol.
Dengan semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu,
maka terlerailah segala persoalan.
Hanya simpati yang dapat diucapkan kepada
keluarga Nora Anne kerana pemergian insan disayangi untuk selama-lamanya.
Pastinya, tragedi yang menimpa mereka
sekeluarga sesuatu yang tidak mudah dilupakan begitu sahaja.
Namun, diharapkan keluarga Nora Anne dapat menerima takdir ini.
Moga kejadian ini tidak berulang atau berlaku kepada sesiapa.
Damailah Nora Anne di sana.
Rest now dear Nora Anne...
Rentetan Kehilanagn Nora Anne Quoirin
3 Ogos 2019 – Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun
Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.
4 Ogos 2019 – Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari
hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya jam 8 pagi.
Polis menerima maklumat kehilangan mangsa
daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga remaja
itu. Polis melakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari
Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
5 Ogos 2019 – Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan
Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi
Nora Anne dilapor hilang.
8 Ogos 2019 -Operasi SAR masuk hari kelima, diteruskan dengan kekuatan 247 anggota dari pelbagai agensi keselamatan dan diketuai oleh Unit Senoi Praaq Polis Diraja Malaysia (PDRM).Khidmat helikopter Pasukan Gerakan Am PDRM turut digunakan dengan tambahan teknologi yang lebih canggih bagi mengesan gadis tersebut.Inisiatif lain yang diambil adalah dengan memainkan rakaman suara ibu Nora Anne memanggil remaja itu dengan panggilan manja menerusi pembesar suara sepanjang SAR.
12 Ogos 2019- Operasi
SAR masuk hari kesembilan, diteruskan dengan kekuatan 348 anggota dari pelbagai
agensi keselamatan. Ganjaran sebanyak
RM50,000 ditawarkan oleh keluarga Nora Anne kepada mana-mana pihak yang dapat
memberi maklumat untuk menjejaki Nora Anne.Pasukan polis Ireland, England dan
Perancis turut membantu PDRM menyiasat kes kehilangan Nora Anne.
13 Ogos 2019 - Operasi SAR masuk hari ke-10, mayat seorang wanita berkulit putih ditemui
oleh sekumpulan pendaki di Gunung Berembun kira-kira 2.5 kilometer dari resort
The Dusun Pantai Hilll/ Mayat telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ),
Seremban menggunakan helikopter. Pihak polis sahkan bahawa mayat yang ditemui adalah Nora Annesetelah
ahli keluarga remaja itu membuat pengecaman.
Tuesday, July 2, 2019
Ilmu diajar seiring adab
Teks Nor Affizar Ibrahim
Ilmu diajar seiring adab
Lega rasanya apabila media melaporkan, isu pelajar perempuan yang dirotan guru lelaki kerana mengejek cikgu pondan, berakhir dengan baik dan mencapai kata sepakat oleh semua pihak terbabit.
Malah, ibu bapa pelajar berkenaan juga sudah pun menarik balik laporan polis yang dibuatnya, sebelum ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd.
Khabarnya, , satu pertemuan antara mereka telah diatur bersama-sama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan esok
Jalan penyelesaian terbaik akan dicari buat kedua-dua pihak, bagi mendapatkan situasi menang-menang, tanpa perlu membabitkan undang-undang.
Apa pun, isu cikgu merotan murid dan mengakibatkan kesan atau lebam pada tubuh serta campur tangan ibu bapa, sebenarnya bukanlah isu baharu.
Malah, terdapat juga kes guru yang dikenakan hukuman penjara dan dibuang kerja akibat didapati bersalah merotan anak murid hingga menyebabkan kecederaan.
Malang sungguh, jika ini berlaku dan terus berlaku dalam masyarakat kita hari ini.
Lazimnya, apabila timbul isu ini mulalah berlaku tuduh menuduh antara pihak terbabit, sekali gus menimbulkan pelbagai emosi dan sentimen.
Lebih menyedihkan, apabila isu seumpama ini menjadi viral dan berlakulah pula ‘campur tangan’ orang luar atau netizen yang boleh menambahkan lagi buruk keadaan.
Apabila hal seperti ini timbul, sepatutnya ia dijernihkan secepat mungkin tetapi apa yang sering berlaku, menjadi berpanjangan.
Hinggakan, orang luar yang tidak tahu hujung pangkal menokok tambah cerita yang tidak sepatutnya.
Akhirnya, bertambahlah lagi kemelut dan konflik antara pihak terbabit.
Dalam kes berlaku baru-baru, pujian harus diberikan kepada beberapa pihak terbabit yang berjaya menangani segera isu ini dengan sebaik mungkin dan dengan cara yang penuh berhemah.
Tidak
dinafikan keadilan sangat penting bukan saja kepada pihak murid, tetapi juga
kepada pihak guru berkenaan.
Namun,
yang perlu perlu pelajari sesuatu daripada kes yang berlaku ini ialah cara
untuk menanganinya secara menyeluruh kerana ia membabitkan adab seorang
pelajar terhadap gurunya dan reaksi guru terhadap situasi luar jangka..
Bagi ibu
bapa pula, selalulah berpesan kepada anak anda hormatilah guru mereka setiap
masa.
Ini kerana
ilmu itu diajar seiring dengan adab. Oleh sebab itulah orang berilmu adalah
orang yang beradab. Orang yang beradab akan hormat pada sumber ilmu iaitu gurunya.
Jika murid
tidak menghormati guru dan menunjuk lagak masing-masing, tidak mendengar kata,
melawan kata-kata guru dan sebagainya maka jelas sekali itu memang tiada adab.
Kalau
tiada adab maknanya, tiadalah ilmu yang akan masuk ke jiwa dan minda.
Thursday, June 20, 2019
8 Tips Tingkatkan Kemahiran Menulis
11 tips
tingkatkan kemahiran menulis
Menulis
artikel, cerita atau rencana adalah sesuatu yang seni.
Ia bukan
seperti anda minum secawan kopi, basahkan tekak dan dapat merasai nikmatnya.
Kemudian,
esoknya anda bancuh lagi untuk mengecapi rasa keenakan air kopi itu sekali lagi.
Nikmat secawan air kopi itu hanya kita sahaja yang dapat mengecapinya.
Ia tidak
seperti menulis artikel. Menulis artikel, sebenarnya lebih daripada itu.
Kita menulis
bukan untuk kepuasan diri sendiri sendiri sahaja tetapi juga untuk orang lain.
Pendek kata,
‘nikmat’ menulis itu untuk dapat dirasai atau dijiwai oleh semua walaupun
artikel itu hasil penulisan kita.
Manfaatnya
pula bukan diperolehi untuk seorang dua dapat tetapi jika boleh biarlah
berantaian dari satu ke satu orang dan dikongsi seramai mungkin.
Oleh sebab
itulah apabila menulis artikel, kita jangan sesekali mengabaikan kualiti.
Artikel
biasa-biasa, syok sendiri atau sekadar ala kadar dan melepaskan batuk di
tangga, tidak boleh membawa anda ke peringkat seterusnya..
Untuk itu,
kita mesti terus belajar mengenai teknik menulis dan sesekali dapatkan tips
menulis.
Kali ini,
saya ingin berkongsi beberapa tips untuk meningkatkan kemahiran penulisan
artikel.
1. Tidak kisahlah panjang atau pendek
Jangan risau
mengenai panjang atau pendek artikel anda. Saya tahu, ada yang risau apabila
atikel ditulis amat pendek. Bimbang apa yang ditulis tidak kesampaian untuk
pembaca.
Harus ingat,
bahawa menulis artikel ini adalah untuk mengembangkan kemahiran anda menulis.
Oleh itu,
tulislah apa yang terdaya atau apa yang terlintas dalam fikiran anda ketika
itu. Idea akan datang dari semasa ke semasa.
Bermula
daripada penulisan artikel yang pendeklah ia akan berkembang menjadi artikel
yang panjang.
Namun, anda
harus ingat, pengisian adalah lebih penting. Apa guna hasil penulisan artikel
yang panjang sedangkan isinya kosong!
Paling
menyedihkan, anda yang sendiri menulis pun tidak faham apa yang ditulis. Jadi,
bagaimanakah dengan orang lain?
2. Tulis awal pagi
Ini adalah
sesuatu yang menarik. Banyak penulis yang serius dan profesional lebih suka menulis kandungan mereka pada waktu
pagi.
Kebanyakan
berpendapat, waktu pagi membolehkan mereka menulis artikel segar.Suasana pagi
seolah-olah agak tenang dan bertenaga dapat membantu mereka memperbaiki
kemahiran menulis artikel mereka.
Mungkin anda
boleh mencubanya dan tukarlah waktu menulis anda.
3. Menjadi pembaca baik
Membaca
adalah perkara wajib bagi seorang penulis yang ingin membina dan meningkatnya
gaya penulisannya
Oleh itu
jadilah pembaca yang baik. Melalui pembacaan, idea dan fikiran anda akan
membolehkan anda berfikir dan membiarkan diri anda tersedia untuk menulis pada
topik tertentu.
Hasilnya,
penulisan anda, mempunyai isi kandungan yang baik dan bermaklumat.
4. Mudah difahami
Cara menulis
anda perlulah mudah difahami. Jangan
belit-belit dan terlalu banyak bermain bahasa yang orang lain tidak faham.
Dalam
penulisaan, nyatakanlah pandangan anda dengan cara yang mudah dan sesuai. Ini
akan membantu pembaca menghargai apa yang anda tulis.
5. Tulis di lokasi bebas
Untuk
menulis, anda perlukan suasana tenang, damai dan rehat, sekali gus mudah anda
menumpukan sepenuh perhatian dan jiwa anda kepada penulisan itu.
Oleh itu
pilihlah lokasi bebas yang dapat memberikan anda suasana seperti it. Ini
penting untuk mengalihkan fikiran ada
dan terus leka dalam berkarya,
Elakkan juga aktiviti
rangkaian sosial dan telefon bimbit anda yang boleh menghilangkan konsentrasi
anda. Jika anda sibuk mahu ‘melayannya’ maka tidak mustahil kerja dilakukan akan
tergendala dan tidak menghasilkan apa yang anda harapkan.
6.
Lakukan penyelidikan sebelum menulis
Sebelum anda memulakan kerja penulisan,
lakukanlah penyelidikan yang teliti mengenai topik tertentu yang akan anda
tulis.
Ia akan meningkatkan pengetahuan anda
mengenai topik itu dan anda akan dapat menulis secara bebas dan bermaklumat.
Mempunyai pengetahuan yang lebih
mendalam akan menjadikan anda unik dalam bidang ini.
7. Berikan diri anda
masa tertentu
Walaupun anda sudah mempunyai pengetahuan
dan memiliki semua bahan yang disudah diteliti dengan rapi, anda juga perlu
menjadi diri sendiri.
Rutin anda setiap hari pastinya sibuk. Justeru, anda perlu memisahkan beberapa masa
dan memberikan masa tertentu untuk kemahiran menulis anda.
Anda mesti mempunyai masa yang tepat
untuk memahami pengetahuan lebih mendalam, untuk menulis artikel diinginkan.
Menulis bukan hanya satu hari pekerjaan.
Oleh kerana itulah anda perlu memulakan aktiviti ini secepat mungkin (A.S.A.P)
setiap hari dan berikan diri anda masa tertentu untuk menyiapkannya.
8.
Tulis secara teratur
Jika ingin menjadi seorang penulis yang
baik, anda mesti membuat kebiasaan menulis secara teratur.
Untuk itu, anda perlu mengikuti
langkah-langkah disarankan di atas. Saya pasti petua ini akan berguna untuk
andapada masa akan datang. Oleh itu, bersabarlah dan buat sendiri untuk menulis
secara teratur.
Wednesday, June 12, 2019
Raikan Syawal Dengan Penuh Keikhlasan
Raikan Syawal dengan penuh keikhlasan
Teks Nor Affizar Ibrahim
Hari ini
sudah masuk hari ke-8 kita meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Bagi kebanyakan
warga kota yang beraya di kampung halaman, sudah pun pulang semula ke ibu kota dan
memulakan tugasan seperti biasa.
Bermakna, ibu
kota yang selama seminggu ini lengang kembali ‘bernyawa’ dengan kesesakan
kenderaan dan manusia yang sentiasa sibuk terkejar-kejar ke sana sini.
Hampir
seminggu pulang ke kampung halaman dan melepaskan rindu serta mengeratkan lagi
silaturrahim dengan keluarga dan sanak saudara di kampung, tentunya memberikan
satu kepuasan.
Syukur juga
diucapkan kerana tahun ini, kita masih dapat melalui Ramadan dan meraikan
Syawal.
Tidak kiralah
sama ada sambutan itu dibuat secara bermewah-mewahan, bersederhana atau ala
kadar yang pasti, kita masih dapat bersama dan menjalinkan ukhwah dengan penuh
kasih sayang.
Tahun ini,
hijau zamrud dikatakan, antara warna pilihan untuk pakaian raya. Jadi, tidak hairanlah ramai yang mengenakan
pilihan baju warna itu.
Tetapi tanpa
tema warna sedondon pun, kita masih boleh menyambut hari raya dalam suasana
riang, meriah dan penuh kesyukuran.
Ini kerana
semuanya bermula daripada hati yang ikhlas dan keupayaan kita menghayati serta
memahami erti kesyukuran yang sebenar.
Jadi,
teruskanlah menyambut meraikan hari raya dengan kasih sayang, saling bermaafan
dan jiwa yang bersih.
Yang pasti, seperti
tahun-tahun sebelum ini, ada sahaja pelbagai cerita mengenai sambutan hari raya.
Ada yang mencuit hati, melucukan, sedih dan menyayatkan hati serta pelbagainya.
Cerita sedih
seperti berita kematian dan kemalangan atau mala petaka, tentu sahaja kita
tidak suka menerima khabar seumpama itu, lebih-lebih lagi dalam suasana gembira
kita menyambut Aidilfitri.
Namun, siapa
kita untuk menolak qada dan qadar. Ujian seumpama itu jika berlaku kepada kita,
seharusnya diterima dengan reda dan dihadapi dengan tabah serta sabar.
Anggaplah semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Selain itu, ada juga beberapa cerita viral yang mewarnai
sambutan Aidilfitri tahun ini. Antaranya, kisah anak dan ibu yang tertinggal di
R&R sehinggakan ramai netizen yang memberikan pelbagai komen negatif dan
tanggapan buruk kepada keluarga terbabit.
Bagaimanapun, pesan saya janganlah cepat menghukum kerana
perkara seumpama itu boleh sahaja berlaku kepada sesiapa.
Mungkin, hari ini hari mereka dan tidak tahu pula bila pula hari
kita. Jadi, janganlah lemparkan kata-kata yang tidak enak didengar kepada
keluarga terbabit.
Selain itu, terdapat juga kisah anak kucing kena dera. Cerita
seperti ini memang sepatutnya tidak dibiarkan berlaku kerana ia satu
penganiayaan kepada haiwan yang tidak berdosa.
Manusia yang dikurniakan Allah dengan akal fikiran waras tidak
sewajarnya bertindak di luar batas kemanusiaan.
Bagaimanapun, dalam banyak cerita viral tahun ini, kisah pemberian
duit raya RM5 daripada seorang anak
saudara kepada ibu saudaranya antara yang menarik perhatian.
Rasa-rasanya,
tidak perlulah merungut atau berkecil hati apabila menerima duit raya yang
jumlahnya tidak seperti diharapkan.
Terimalah setiap
pemberian itu dengan rasa syukur dan ucapan terima kasih.
Sepatutnya,
kita perlu berasa gembira menerima kunjungan tetamu kerana ia juga sebagai
tanda ingatan dan kasih sayang daripada mengharapkan wang ringgit atau hadiah
yang diberikan.
Dengan
berbaki 22 lagi sambutan hari raya, saya berharap kunjung-mengunjungi dapat diteruskan
dan semoga semuanya berjalan dengan baik serta mengeratkan lagi kasih sayang
antara tua dan muda.
Subscribe to:
Posts (Atom)







