Piza Prata Sosej
Hidangan piza antara digemari
ramai, termasuk golongan dewasa dan anak kecil. Jika teringin makan piza, pergi
saja ke restoran segera yang menyajikan hidangan itu, dapatlah menikmatinya.
Malah,
di pasar malam juga ada menjual piza yang tidak kurang enaknya. Kalau malas
hendak keluar rumah, pesan saja hidangan itu untuk penghantaran ke rumah.
Kini,
banyak jenis piza boleh didapati dengan pelbagai rasa berbeza. Pilih mana satu
yang digemari, sama ada berasaskan sayur-sayuran, makanan laut, tuna dan
sebagainya.
Tidak perlu uli
Namun,
apa kata sesekali anda luangkan masa dan buat sendiri piza mengikut cita rasa
diinginkan. Dengan menggunakan roti perata sejuk beku, Fatihah Frozen Food Sdn
Bhd, hidangan piza mudah disediakan kerana anda tidak perlu lagi bersusah payah
menguli tepung untuk menyediakan doh. Malah, rasanya tetap enak.
Menjimatkan
Paling
menyeronokkan, anda boleh letak apa saja pada bahagian atas piza bagi
menambahkan kelazatan dan memenuhi selera. Ia juga jauh lebih menjimatkan dan
pastinya memberikan kepuasan apabila menyediakan hidangan dari air tangan
sendiri.
Untuk membuat Piza Perata Sosej ini,
anda boleh membakarnya menggunakan kuali leper tidak melekat atau pun
memasukkannya di dalam ketuhar gelombang mikro. Oleh kerana roti perata produk
sejuk beku, masa diambil untuk membakarnya lebih kurang 10 minit saja.
Segala-galanya memang mudah!
Info
Tip untuk menyediakan piza enak
*
Bakar roti perata hingga garing.
*
Taburkan bahagian atas piza dengan aneka bahan segar seperti udang, cendawan
dan ayam.
*
Lebihkan keju dan mayonis bagi membangkitkan rasa.
Bahan-bahan
*
Perata sejuk beku
*
Sosej
*
Keju
*
Lada benggala
* Mayonis
*
Sos cili
Cara menyediakan
1.
Bakar roti perata di atas kuali leper.
2.
Taburkan keju di atas perata.
3.
Potong sosej dan susunkan di atas perataa, tetapi sebelum itu, salutkan sos di atas perata.
4.
Letakkan mayonis di atas sosej dan bakar.
5.
Sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment