Inspirasi Bekerja Di Rumah
Ebuku berjudul.
Inspirasi Bekerja Di Rumah menarik dijadikan koleksi kerana ia memberikan idea
pelbagai kerjaya dan juga suntikan semangat kepada suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri, biarpun
hanya dari rumah.
Ebuku tulisan, Masayu
Ahmad ini menghimpunkan 13 kisah ibu yang berlainan cerita dan pengalaman,, bagaimana mereka bermula serta
subur inspirasi untuk bekerja dari rumah.
Ada
di antaranya pernah bermula dengan sumber yang ada, pernah berkedai dan
kemudian kembali mengemudi hanya dari rumah.
Kisah
dipaparkan tentunya memberikan inspirisai
kepada wanita lain yang baru bermula atau sedang berada
turun naik semangat.
Antara yang menarik
ialah kisah Dila
Aris yang pernah mengikuti kelas
kemahiran menjahit di Baitulmal dan hanya 2 jam setiap sesi belajar .
Tetapi
kini beliau sudah mampu mengadakan Kelas Jahitan secara intensif.
Dikurniakan
bakat menjahit dan banyak belajar
sendiri dengan cara melihat dan membelek-belek baju contoh, Dila akhirnya boleh
menguasai sepernuhnya bidang jahitan, sekali gus menjana pendapatan tetap.
Kisah Fidawati Osman yang pernah bekerja di syarikat
telekomunikasi terkenal tetapi berhenti akhirnya kerana ingin menumpukan
perhatian kepada keluarga juga menarik untuk dijadikan penyuntik semangat.
Pemegang
Ijazah Sarjana Muda bidang Pentadbiran & Perniagaan dari Universiti tempatan
ini akui, berhenti kerja bukanlah satu keputusan mudah dibuatnya.
Namun,
beliau nekad dan memilih perniagaan kek dan pastri dari rumah secara sepenuh
masa dan memulakan operasi Amida Homemade Bakery.
Apabila
suami bertugas di negara Korea Selatan dan Dubai dari tahun 2003 hingga 2012, Fidawati
menemaninya dan pada masa sama terus mengembangkan Amida Homemade Bakery di
negara orang.
Sekembalinya
di Malaysia, beliau meneruskan perniagaan ini dan kini pelanggannya semakin
meningkat dari individu hinggalah syarikat koporat.
Moga
perkongsian dipaparkan di dalam Inspirasi Bekerja Di Rumah dapat memberikan lebih keyakinan kepada suri rumah
untuk berdikari dan yakin dengan kemahiran dimiliki.
Penulis: Masayu Ahmad
URL: www.masayuahmad. com
No comments:
Post a Comment