Kurus Dengan Eat Clean
Kebanyakan individu akan berasa bimbang apabila berat
badannya bertambah dan terus bertambah. Justeru, mula mengambil langkah
tertentu untuk menurunkan berat badan.
Untuk mengetahui cara menguruskan berat badan dengan
sihat, dapatkanlah ebook, Kurus Dengan Eat Clean karya Laila Ismail.
Di
dalam ebuku ini, diterangkan maksud Eat Clean iaitu cara pemakanan sihat yang
merangkumi semua aspek makronutrien diperlukan oleh tubuh antaranya, karbohidrat,
protein, lemak dan serat.
Laila
turut menjelaskan kepada pembaca konsep Eat Clean iaitu perlu makan dengan
protein yang betul dan mengambil ¼ karbohidrat dan protein, di samping ½ serat.
Bagi
memberikan lebih kefahaman, ebuku ini memberikan panduan mengenai perkara yang
perlu dielakkan dan dilakukan semasa menurunkan berat badan menggunakan kaedah
Eat Clean.
Antara
perkara perlu dielakkan semasa menurunkan berat badan ialah menghindari makanan
yang diproses, berlemak dan bergoreng. Individu turut disarankan, elak makan di
luar atau kurangkan kekerapan makan di luar.
Perkara
yang perlu dilakukan semasa menurunkan berat badan pula adalah makan secara
seimbang iaitu kombinasi karbohidrat, protein, lemak, serat di dalam setiap
hidangan. Pada masa sama, dinasihatkan
makan pada waktu yang tetap setiap hari.
Ebuku
Kurus Dengan Eat Clean turut memuatkan beberapa resepi untuk dicuba dan
diamalkan oleh mereka yang memilih menggunakan kaedah berkenaan bagi menguruskan berat badan.
Penulis : Laila Ismail
URL: www.kurusdenganeatclean.blogspot.com
No comments:
Post a Comment