Teks Nor Affizar Ibrahim
BAB 7 Tidak sabar hendak tolong berkemas
BAB 7 Tidak sabar hendak tolong berkemas
Radzi
terus memerhatikan Ikhwan. Dia agak
hairan melihat gelagat anak bongsunya
malam itu kerana sekejap-kejap tersenyum sendirian. Entah angau
apa yang melanda anaknya itu.
Radzi
berteka-teki sendirian, namun apabila terus diasak dengan pelbagai pertanyaan
tidak terungkai dengan gelagat anaknya yang luar dari kebiasaan
itu, akhirnya dia pun bertanya .
“Anak
ayah ni kenapa? Malam ni tak banyak
cakap tapi asyik tersenyum saja?
Tak pernah-pernah pun macam ni. Ada apa-apa ke yang ayah boleh tahu?”
Memang Radzi terasa pelik melihat perubahan anaknya malam itu.
“Eh…tak
ada apalah ayah. Ikhwan biasa aje. Semuanya okey,” jawab Ikhwan
tetapi seolah-olah cuba berselindung
sesuatu daripada ayahnya.
Radzi
berasa ada sesuatu yang cuba disorokkan anak bongsunya itu.Tetapi
sengaja tidak mahu memaksanya bercakap berterus terang.
Bagi
Radzi, lebih baik Ikhwan ceria seperti itu daripada muncung mencuka. Itu lebih
merisaukan hatinya.
“Hah!
Macam mana minggu ni. Ayah free.
Bolehlah kita jumpa Angah.” Radzi mengalih
pada topik lain. Namun, Radzi perasan dahi Ikhwan sedang berkerut seolah-olah ada masalah.
“Kenapa
ni? Tak gembira ke nak jumpa Angah,” tanya Radzi ingin kepastian.
“Bukan
gitu ayah. Ikhwan benar-benar lupa
minggu ini kita akan jumpa Angah di asrama. Sebenarnya. petang tadi Ikhwan sudah
berjanji dengan cikgu Norazah hendak tolong dia berkemas di rumahnya.
“Cikgu
Norazah baharu pindah di sini, katanya banyak yang perlu dia kemas. Dia tak
larat buat seorang diri. Itu dia minta tolong Ikhwan dengan Khairy dan Fiqa.
“Ala..takkan
nak cancel pulak. Nanti kasihan cikgu
Norazah. Petang tadi cikgu nampak gembira saja apabila Ikhwan kata setuju nak tolong dia. Tak sampai
hatilah Ikhwan nak hampakan permintaan cikgu Norazah.
Ayah,
kita tangguhlah jumpa Angah. Kita pergi minggu
satu lagilah ayah.” Ikhwan baharu sedar
janji ayahnya itu.
Dapat
cikgu baharu dan berkenalan dengan Cikgu Norazah, benar-benar membuatkan
Ikhwan lupa seketika mengenai ketiadaan Izhar di dalam rumah
itu.
Sejak
beberapa hari ini, dia selalu teruja
berjumpa dengan cikgu Norazah.
Peluang
dapat menaiki kereta cikgu Norazah dan berkesempatan berbual banyak
perkara dengan cikgu baharu itu petang tadi membuatkan Ikhwan lupa
semua perkara yang menyedihkannya sejak tiga minggu lalu.
Sehinggakan
untuk cikgu Norazah, Ikhwaan sanggup buat apa saja. Oleh sebab
itulah apabila Cikgu Norazah tanya bolehkah dia membantunya mengemaskan
rumah hujung minggu ini sebab baru berpindah, Ikhwan tidak
bersoal banyak sebaliknya terus
bersetuju.
Malah,
Ikhwan turut berjanji akan mengajak dua kawan karibnya – Khairydan
Shafiqa . Katanya, sekurang-kurangnya kerja-kerja mengemas akan menjadi
lebih cepat.
Justeru,
balik saja dari sekolah sebaik meletak beg, Ikhwan terus menelefon kedua-dua
rakannya itu dan menceritakan hal itu. Seperti biasa, Khairy dan Shafiqa memang
tidak sukar diajar berunding.
Lagipun,
mereka bertiga sudah biasa pergi ke mana-mana bersama dan melakukan
banyak perkara bersama.
“Khairy,
kau dengan Fiqa jangan tak jadi pulak esok tau. Kau berdua mesti datang tepat masa
kat rumah aku esok. Aku tak nak kita terlewat dan buat Cikgu Norazah
tertunggu-tunggu kita nanti.” Ikhwan
mengingatkan Khairy sebelum dia meletakkan ganggang telefon.
“Ya!
Ya! Kau jangan risaulah Ikhwan. Aku dan Fiqa memang tak ada apa-apa program
esok. Demi kau dengan cikgu baharu kesayangan kau itu, aku dan Fiqa sanggup
berkorban sampai ke bintang kejora.
“Janji
muka kau tu tak muka seposen lagi. Naik menyampah juga aku menengoknya.”
Terdengar suara Khairy yang masih sempat hendak mengusik rakan baiknya itu.
Dan
pada malam itu, Ikhwan sebenarnya tidak sabar-sabar ingin meminta izin daripada
ayahnya
supaya membenarkannya membantu Cikgu
Norazah pada hujung
minggu
ini.
Tetapi
tanpa sedar, Ikhwan sendiri lupa dia sebenarnya sudah terlebih dulu berjanji
dengan ayahnya untuk melawat Izhar di asrama minggu ini. Malah, itulah yang
ditunggu-tunggunya sejak tiga minggu lalu.
“Macam
mana ni, dulu Ikhwan yang tidak sabar-sabar nak jumpa Angah. Sekarang tak jadi
pulak,” kata Radzi mengingatkan anak bongsunya itu.
“Tak
apalah ayah, Malam ni, Ikhwan emel dengan Angah dan ceritakan perkara sebenar.
Tentu Angah faham. Lagipun tak sedaplah hendak hampakan
permintaan cikgu Norazah. Dia tu baik tau
ayah sebab itulah Ikhwan nak tolong dia,” Ikhwan memuji lagi cikgu yang baru
dikenali hanya dua minggu itu.
Ikhwan
memang teringin hendak jumpa Izhar tetapi pada masa sama, tidak mahu terlepas peluang
untuk bersama cikgu Norazah. Apabila cikgu
Norazah mempelawa membantunya mengemas
rumah, ia ‘bagaikan pucuk dicita, ulam
mendatang.’
Oleh
sebab itulah Ikhwan tidak menolak, malah tidak perlu berfikir panjang untuk
memberi keputusan pelawaan cikgu kesayangannya itu.
Radzi
tidak mahu berkata lagi. Jika Ikhwan sudah kata begitu, dia akur. Fikirnya, jika Ikhwan tidak dapat ikut dia
tetap akan menjenguk Izhar.
Lagipun
sudah menjadi tanggungjawabnya menjenguk
anak keduanya itu di asrama dan mengetahui
perkembangannya.
Walaupun
dihantar ke asrama, sekali sekala sebagai bapa perlu juga menjenguk supaya
tidak terlalu banyak jurang hubungannya dengan anak-anak.
“Okeylah
jika Ikhwan dah janji dengan cikgu Norazah hendak buat macam mana.
Lain kali kita carilah masa untuk pergi bersama.” Radzi membuat keputusan.
*****************************************************************
Pagi
itu selepas bersarapan, Radzi duduk membaca buku di ruang tamu. Sebenarnya, Radzi sudahpun bersiap untuk
melawat Izhar di asrama.
Bagaimanapun,
Radzi ingin menghantar Ikhwan terlebih dulu ke rumah cikgu Norazah.
Radzi
tidak mahu membiarkan Ikhwan menaiki basikal.
Walaupun
dia tahu ada dua lagi rakan baiknya yang akan pergi bersama. Hati Radzi akan
lega jika dapat menghantar sendiri
Ikhwan dan rakan-rakannya.
“Ikhwan…
cepatlah sikit. Dah pukul berapa ni. Mana kawan-kawan Ikhwan
ni,
tak sampai-sampai lagi. Lepas hantar kamu, ayah akan pergi tengok Angah di
asrama,” Radzi menggesa anak bongsunya agar cepat bersiap.
“Kejaplah
ayah. Ikhwan baru telefon mereka. Lima minit lagi mungkin mereka sampai.
Sebenarnya
Ikhwan juga tidak sabar lagi hendak menunggu dua rakannya itu. Malah, sejak
malam tadi hatinya resah dan tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan cikgu
Norazah.
Pada
Shafiqa dan Khairi sudah pun dipesan banyak kali supaya jangan sekali-kali
terlewat pagi itu datang ke rumahnya.
Jarak
rumah mereka bertiga tidaklah jauh sangat cuma kurang satu kilometer saja.
Jadi, kalau kedua-dua rakannya itu mengikut perancangan yang sudah ditetapkan,
memang sepatutnya mereka sudah sampai di rumah Ikhwan.
“Assalammualaikum!
Ikhwan kami dah sampai ni, kau dah siap ke?”
Tiba-tiba
kedengaran suara dari luar pagar. Radzi menjawab salam itu dan menjenguk
dari dari dalam.
“Ah..Ikhwan.
Semua dah ada ni. Bolehlah kita pergi. Beritahu Bibik kita nak pergi
ni dan minta tolong kunci pintu pagar.” Radzi memberi arahan kepada Ikhwan.
“Baiklah
ayah!” jawab Ikhwan dan terus bergegas mendapatkan dua kawannya yang sedang
menunggu di luar pagar.
“Hah…kenapa
lambat? Aku dah lama siap,” Ikhwan bersuara agak tinggi sikit sebaik saja
mendekati kawan-kawannya itu.
“Janganlah
marah Ikhwan. Semua ni pasal Fiqa. Dah separuh jalan, ajak patah balik. Katanya
ada barang tinggal. Sebab tu lewat kami lewat.”
Khairy cuba menjelaskan keadaan sebenar.
“Ala…
Ikhwan. Minta maaflah. Bukan lambat sangat pun. Baru lima minit kami lewat. Itu
pun tak sengaja. Aku tahulah kau tak sabar nak jumpa cikgu Norazah, tak kan
pasal sikit pun kau dah bengang kat kami,” giliran Shafiqa pula menjawab.
“Kau
ni Fiqa… ada saja masalah. Tinggal tu, tinggal nilah. Nak pergi rumah
cikgu
Norazah pun nak bawak macam-macam.” Ikhwan masih tidak puas hati atas kelewatan
Shafiqa.
“Dah
tertinggal, nak buat macam mana, kenalah patah balik. Bukan aku suka-suka
tertinggalkan. Lagipun, bukannya selalu aku lambat pun kalau berjanji.
Selalunya akulah orang yang pertama dan datang awal.” Shafiqa terus membela
dirinya.
“Tulah..lain
kali siapkan semua barang yang dibawa setempat. Jadi, tak adalah tertinggal.
Lagipun, aku beritahu petang kan, boleh aje kau siapkan awal-awal barang-barang
yang dibawa.” Khairy berterusan menyalahkan Shafiqa.
“Kau
ni Ikhwan. Kesian Fiqa. Dia kan sudah minta maaf. Bukan dia sengaja pun. Masih
awal ini, tak terlewat sangat pun.” Khairy tiba-tiba membela Shafiqa.
“Dah
sudah lah tu. Cepat masuk kereta. Nanti lagi lewat.” Radzi cuba meleraikan
pertikaman lidah antara tiga sahabat itu.
Dari
tadi, Radzi hanya menjadi pemerhati dan pendengar saja.Oleh kerana tidak mahu perkara sekecil itu berlarutan,
Radzi pun sengaja menyampuk perdebatan antara tiga sahabat itu.
Bagaikan
baru tersedar, ada orang lain antara mereka ketiga-tiga sahabat itu serentak
menoleh kepada Radzi.
“Hah
apa termangu lagi. Cepatlah masuk kereta.” Radzi mengulangi arahannya
“Maafkan
kami Pakcik. Kami tak sengaja nak buat Pakcik tertunggu-tunggu.” Shafiqa bersuara
mewakili Khairy memohon maaf.
Mendengar
permintaan maaf daripada Shafiqa, Radzi tersenyum sambil mengangguk-anggukkan
kepala.
Apabila
Ikhwan, Khairy dan Shafiqa sudah memasuki ke dalam kereta, Radzi tanpa bertanya
jalan mana yang perlu di ikuti, terus memandu menuju ke rumah cikgu Norazah.
Tidak
sampai 15 minit perjalanan, mereka pun sampai di rumah cikgu Norazah.
Selepas
menghantar dan menurunkan Ikhwan dan dua rakannya, Radzi terus
memandu menuju ke destinasi yang hendak dituju.
Radzi
menurunkan ketiga-tiganya di tepi jalan iaitu lebih kurang 50 meter dari rumah
Cikgu Norazah.
Katanya,
tidak perlulah hantar sampai pintu dan memberi alasan, tidak sempat hendak singgah kerana kesuntukan masa. Namun,
memesan kepada Ikhwan supaya menyampaikan salam pada cikgu Norazah.
Ketika
ketiga-tiga mereka sampai, Cikgu Norazah sudahpun sedia menanti di depan pintu.
Kedatangan ketiga-tiga muridnya disambut dengan senyuman ceria.
“Hah!
Sampai pun kamu semua. Cikgu ingat tadi, tak jadi datang,” ujar cikgu Norazah
sambil bersalam-salaman dengan ketiga-tiga anak muridnya itu.
“Ehh…mana
boleh cikgu, kita semua kan dah janji. Lagipun, Ikhwan, anak murid kesayangan
cikgu ni, mana boleh tolak permintaan cikgu. Agaknya kalau saya dengan Fiqa
kata cancel, mesti beberapa hari dia
tak tegur kami.” Khairy menjawab sambil mengusik Ikhwan.
Fiqa
tersengih mendengar jawapan Khairy manakala Ikhwan menjeling dengan ekor mata
tajam kerana tidak suka dengan usikan kawan baiknya itu.
Cikgu
Norazah perasan perubahan Ikhwan. Lalu cepat-cepat menukar tajuk.
“Okey
sebelum kita semua mula bekerja, cikgu
hendak kamu sarapan dulu. Cikgu pun dah siapkan makanan untuk kamu semua. Makan
kenyang-kenyang, baru kita buat kerja.
“Tapi
ingat, dah kenyang jangan pulak ada yang tuang.” .Cikgu Norazah mengusik
ketiga-tiga anak muridnya. Sebenarnya dia amat gembira apabila ketiga-tiga anak
muridnya itu sudi membantunya hari itu.
Sememangnya
tidak larat kudratnya untuk mengemas barang-barang yang dibawa
ke rumah baru itu.
Lagipun,
dia seronok dapat menghabiskan masa bersama-sama dengan ketiga-tiga sahabat
baik itu. Boleh juga mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.
Makan
cikgu? Wow…Mesti best! Cikgu masak
sendiri ke,?” tanya Ikhwan.
“Yalah,
siapa lagi nak masak. Cikgu buat nasi goreng pagi tadi. Nasi goreng Cina aje. Mula ingat nak buat
pedas-pedas, tapi pagi lagi ini takut ada
antara kamu yang perutnya tak tahan. Nanti tak jadi buat kerja pulak.
“Harap
kamu semua suka lah. Semua orang mesti makan kenyang-kenyang. Lepas tu, kita
bolehlah buat kerja. Nanti dah tengahari panas tentu letih nak buat kerja. Hah!
Sekarang makanlah cepat.” Cikgu Norazah menjemput mereka makan sekali lagi.
“Cikgu
jangan risau, macam saya tolak batu dan kayu aje. Bagilah makanan apa saja,
jarang sekali saya akan tolak,” balas Khairy tersengih-sengih.
No comments:
Post a Comment