Sesekali enak juga bertukar selera dengan hidangan
sarapan barat.
Apa kata anda cuba buat Paf Croissant Bluberi dan
Raspberi. Rasanya memang tidak mengecewkakan kerana ia diadun dengan buah-buahan
bercita rasa masam manis bersama campuran mentega, krim keju dan susu segar.
Enak sekali! Hidangan ini juga boleh dijadikan pencuci
mulut.
Bahan-bahan:
* 4 croissant besar, dipotong menjadi kepingan (kira-kira 6
cawan penuh)
* 1/2 cawan bluberi segar atau beku
* 1/2 cawan raspberi segar atau beku
* 8 aun krim keju, dilembutkan
* 2/3 cawan gula pasir
* 2 telur besar
* 1 sudu vanila
* 3/4 cawan susu segar
Cara menyediakannya:
* Panaskan ketuhar hingga 350 darjah F.
* Letakkan kepingan croissant yang sudah dipotong kecil ke
dalam bekas.
* Taburkan bluberi dan raspberi di atasnya.
* Sementara itu, dalam bekas lain pukul keju krim dan gula
sehingga kembang.
* Selepas itu tuang perlahan-lahan susu segar dalam aduna itu.
* Langkah seterusnya, tuangkan campuran secara merata ke
atas kepingan croissant tadi. * * Pastikan semua kepingan crossaint itu bersalut
dengan adunan itu.
* Biarkan seketika 10 hingga 15 minit.
* Bakar selama 35 hingga 40 minit atau sehingga bahagian di
tengah coklat keemasan.
* Siap. Hidangkan panas dengan gula aising yang ditaburi di
atasnya.
Nota Resipi

* Croissant ringan dan lembut, jadi cecair diserap dengan
cepat. Sekiranya anda menggunakan jenis roti yang berbeza, sesuaikan waktu
dibiarkan seketika
* Resipi ini mudah dan anda boleh juga menggantikan rasberi dan bluberi dengan buah-buahan lain untuk memenuhi citarasa sendiri.
* Resipi ini mudah dan anda boleh juga menggantikan rasberi dan bluberi dengan buah-buahan lain untuk memenuhi citarasa sendiri.
No comments:
Post a Comment